Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486875
Title: | Potensi kebolehlaksanaan biopengeringan sebagai pra rawatan sisa pepejal perbandaran di Malaysia |
Authors: | Nurul'ain Ab Jalil (P58252) |
Supervisor: | Hassan Basri, Prof. Dato' Ir. Dr. |
Keywords: | Sisa pepejal Refuse and refuse disposal -- Malaysia |
Issue Date: | 16-Aug-2017 |
Description: | Di Malaysia, keadaan sisa pepejal perbandaran yang bercampur dan mengandungi kandungan kelembapan yang tinggi menyebabkan penggunaan teknologi pembakaran tidak sesuai serta berpotensi untuk memudaratkan. Malah, kos untuk loji rawatan air kurasan merupakan masalah yang paling kritikal di tapak pelupusan sisa pepejal disamping masalah kebocoran air kurasan yang berisiko mencemarkan alam sekitar. Tambahan pula, keadaan ini menyukarkan proses kitar semula. Kandungan kelembapan sisa yang tinggi dilihat sebagai kekangan utama bagi kebanyakan kaedah rawatan sisa pepejal yang sedia ada di Malaysia. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji potensi kaedah biopengeringan sebagai suatu kaedah pra-rawatan sisa pepejal di Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini dibahagikan kepada empat fasa iaitu pemerhatian terus kerja lapangan, reka bentuk prototaip reaktor biopengeringan berskala makmal, ujikaji masa pengudaraan sistem biopengeringan dan analisis perbandingan tiga model perkomputeran iaitu Regresi Linear Berganda (MLR), Rangkaian Saraf Tiruan (ANN), dan Sistem Inferens Neuro-Fuzzy Adaptif (ANFIS) untuk meramal kandungan kelembapan. Hasil kerja lapangan telah mengenal pasti faktor ruang, sistem pengudaraan dan penutup reaktor adalah penting bagi membolehkan kaedah ini beroperasi secara praktikal. Reka bentuk prototaip reaktor biopengeringan berskala makmal telah menghasilkan tiga jenis reka bentuk dengan pemilihan RB3 yang mampu mencapai kandungan kelembapan akhir sisa pepejal sehingga kurang daripada 20 %. Dalam kajian ini, masa pengudaraan sistem biopengeringan berskala makmal selama 10 minit adalah paling ideal dari aspek keberkesanan dan penjimatan kos. Keputusan nilai ralat punca kuasa dua min (RMSE) dan pekali penentuan (R2) bagi ketiga-tiga model yang dibandingkan menunjukkan ANFIS mempunyai ketepatan yang lebih baik berbanding ANN dan MLR dalam meramal kandungan kelembapan sistem biopengeringan. Secara kesimpulannya, kaedah biopengeringan adalah suatu kaedah pra-rawatan sisa pepejal yang amat berpotensi untuk diaplikasikan dalam sistem pengurusan sisa pepejal di Malaysia. Integrasi dengan kaedah-kaedah rawatan sisa pepejal yang lain dalam menyelesaikan masalah yang berpunca dari kandungan kelembapan sisa yang tinggi mampu memberi sumbangan besar ke arah mewujudkan sebuah sistem pengurusan sisa pepejal yang bersepadu, efektif, menjimatkan kos serta mesra alam.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 161 |
Call Number: | TD789.M4N847 2017 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98848+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 427.92 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.