Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486870
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Shahrum Abdullah, Prof. Ir. Dr. | |
dc.contributor.author | Mashitah Mahmud (P72666) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:26:08Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:26:08Z | - |
dc.date.issued | 2017-10-30 | |
dc.identifier.other | ukmvital:98125 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486870 | - |
dc.description | Tesis ini membentangkan dua kaedah baharu dinamakan model berkebarangkalian Morrow (MBM) untuk penganggaran hayat lesu dan jalur serakan berkebarangkalian (JSB) untuk penilaian hayat lesu. Terdapat model ketentuan hayat-terikan yang memasukkan kesan tegasan purata di dalam pengiraan, contohnya seperti model Morrow dan Smith-Watson-Topper. Namun, model-model ini tidak menggunakan pendekatan berkebarangkalian walaupun diketahui umum bahawa proses lesu mempunyai sifat rawak. Faktor serakan data menyebabkan wujudnya elemen ketidakpastian yang mempengaruhi kelakuan lesu, namun faktor ini tidak diambil kira di dalam model-model ketentuan. Justeru, objektif utama penyelidikan ini adalah untuk menambahbaik model sedia ada dengan menerbitkan model baharu untuk penganggaran hayat-terikan dengan menggunakan kaedah berkebarangkalian serta mengambil kira kesan tegasan purata dan serakan data. Untuk menghasilkan model ini, kaedah regresi Weibull digunakan bagi pemodelan serakan data ujikaji hayat dengan definisi medan hayat-terikan secara lengkung kebarangkalian. Kesan tegasan purata dimasukkan ke dalam model berkebarangkalian dengan menggunakan ubahsuai daripada model hayat-terikan Morrow. Kaedah berkebarangkalian ini membolehkan pemadanan data secara terus tanpa perlu mengasingkan bahagian elastik dan plastik seperti kaedah lazim, maka nilai pekali kekuatan lesu model boleh dianggarkan dengan menggunakan kaedah anggaran seperti kaedah Roessle-Fatemi. Perbandingan di antara kaedah kajian ini dan model sedia ada iaitu model Coffin-Manson, Smith-Watson-Topper, Morrow, dan regresi Weibull dilakukan terhadap 12 set data ujikaji pembebanan malar dan 2 set data ujikaji pembebanan boleh ubah daripada kajian terdahulu untuk penentusahan. Bagi penilaian hayat lesu, kaedah baharu berasaskan adaptasi carta kawalan proses berstatistik dikenali sebagai JSB diperkenalkan. Melalui kaedah JSB, suatu indeks kebarangkalian penolakan diterbitkan melalui pemadanan taburan data lesu. Keputusan menunjukkan aplikasi MBM terhadap data ujikaji pembebanan malar berjaya memodelkan serakan dengan lengkap merangkumi data hayat lesu bagi bahan serta nisbah tegasan yang pelbagai. MBM juga berjaya menganggarkan hayat bagi pembebanan boleh ubah dengan lebih tepat berbanding empat model sedia ada dengan peratus perbezaan hanya 0.4% hingga 10% berbanding nilai ujikaji. Penilaian anggaran hayat kaedah MBM dengan menggunakan JSB memberikan nilai indeks kebarangkalian penolakan yang semuanya berada di dalam kawasan penerimaan iaitu di antara 0.01 hingga 0.91. Kaedah MBM menghasilkan nilai hasil tambah ralat kuasa dua yang paling kecil iaitu 0.0073, berbanding model lain dengan nilai di antara 0.0472 hingga 0.1080, sekaligus menunjukkan MBM berupaya menghasilkan ketepatan paling tinggi. Analisis terhadap fungsi ketumpatan kebarangkalian taburan normal bagi ralat model menunjukkan nilai sisihan piawai serta min yang paling kecil dihasilkan oleh kaedah MBM iaitu masing-masing 0.018 dan 0.028, justeru mengesahkan ketepatan kaedah ini. Kesimpulannya, MBM berupaya meningkatkan ketepatan penganggaran hayat lesu dengan menggunakan pendekatan berkebarangkalian. Kelebihan model ini adalah ia mengambil kira serakan data lesu dan juga memasukkan kesan tegasan purata secara serentak dalam penentuan anggaran hayat. Berbeza dengan kaedah jalur serakan lazim, JSB mempunyai kelebihan dalam interpretasi berkebarangkalian dalam proses perbandingan hayat lesu.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Model berkebarangkalian | |
dc.subject | Jalur serakan | |
dc.subject | Regresi Weibull | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Pencirian berkebarangkalian serakan data hayat lesu berasaskan model Morrow ubah suai | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 224 | |
dc.identifier.barcode | 003061(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98125+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 150.61 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.