Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486857
Title: | Pengacuanan suntikan logam mikro serbuk keluli tahan karat 316L |
Authors: | Murtadhahadi (P40718) |
Supervisor: | Norhamidi Muhamad, Prof. Dr. |
Keywords: | Logam mikro Pengacuanan Keluli tahan karat Ortogonal Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 17-Oct-2017 |
Description: | Proses pengacuanan suntikan logam mikro (micro powder injection molding, μMIM) merupakan suatu teknologi baru yang menggunakan serbuk logam bersaiz mikro dan mampu menghasilkan produk berbentuk kompleks, bersaiz mikro dan berketetapan tinggi dalam jumlah yang banyak. Proses ini adalah suatu proses yang berkesinambungan daripada proses pengacuanan suntikan logam (MIM). Dalam beberapa tahun terakhir, usaha memfabrikasi komponen mikro dengan menggunakan teknik pengacuan suntikan logam mikro semakin menarik perhatian terutama dalam bidang perubatan, komponen kenderaan dan telekomunikasi. Serbuk logam bersaiz mikro akan menyumbang kepada kelikatan bahan suapan yang lebih tinggi, kelikatan yang tinggi menyebabkan komponen mikro susah untuk disuntik. Kelebihan nisbah PS dalam komponen bahan pengikat akan menurunkan kelikatan bahan suapan dan menyebabkan bahan suapan mudah untuk disuntik serta dapat mengurangi kecacatan pada jasad anum, akan tetapi ketumpatan jasad anum menjadi rendah dan jasad perang mudah patah pada proses penyahikatan larutan. Kajian ini dilakukan untuk menentukan kebolehan pemprosesan serbuk keluli tahan karat (SS316L) melalui proses pengacuanan suntikan logam mikro (μMIM). Dalam kajian ini bahan suapan yang digunakan adalah serbuk logam SS 316L pengatoman air bersaiz 5 μm dicampur dengan bahan pengikat yang terdiri daripada 40% berat bahan pengikat stearin sawit (PS) dan 60% berat polietilena (PE). Ciri-ciri bahan pengikat, serbuk logam dan bahan suapan ditentukan dan data-data tersebut digunakan untuk proses-proses seterusnya. Parameter pemprosesan bagi proses penyuntikan dan pensinteran dioptimumkan melalui tatacara ortogonal kaedah Taguchi. Keputusan reologi menunjukkan bahan suapan yang sesuai untuk disuntik adalah pada 60% isipadu, 61% isipadu dan 62% isipadu. Analisis varian ANOVA digunakan bagi setiap proses pengoptimuman untuk menilai pengaruh setiap parameter pemprosesan. Pada proses penyuntikan parameter yang dikaji ialah tekanan suntikan: 0.5-1.1 MPa, suhu suntikan: 150-175 °C, suhu acuan: 50-95 °C, masa suntikan: 4-6 s dan masa pegangan: 4-6 s. Bahan suapan dengan pembebanan serbuk 61% isipadu adalah yang paling optimum digunakan dengan parameter penyuntikan yang optimum iaitu tekanan suntikan: 0.5-0.6 MPa, suhu suntikan: 150-155 °C, suhu acuan: 55-60 °C, masa suntikan: 5-6 s dan masa pegangan: 5 s. Proses penyahikatan larutan menggunakan heptana pada suhu 60 °C dalam 6 jam berjaya menyingkirkan bahan pengikat PS dengan baik. Disebabkan oleh pengendalian yang amat teliti diperlukan di dalam komponen mikro, dua proses seterusnya telah digabungkan iaitu penyahikatan terma digabungkan dengan proses pensinteran dengan menggunakan relau vakum bagi mengelakkan sebarang pengoksidaan berlaku. Seterusnya pengoptimuman parameter pensinteran dengan kaedah Taguchi, berjaya menghasilkan ketumpatan jasad sinter 7.811 g/cm3 mendekati ketumpatan piknometer iaitu 8.071 g/cm3 (97.07% ketumpatan teori). Ujian kekerasan Vickers jasad sinter pula berjaya mendapatkan kekerasan 156.7 HV iaitu berada dalam julat nilai piawaian teori. Jasad sinter komponen mikro juga mendapati kandungan oksigen yang rendah iaitu pada kadar 0.90% berat atom SS 316L. Parameter optimum untuk sifat-sifat mekanikal dan fizikal diperolehi pada suhu pensinteran: 1300-1350 °C, masa pensinteran: 150 min, kadar pemanasan 8-10 °C/min dan suhu penyahikatan: 450 °C.,Ph.D. |
Pages: | 215 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97673+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.46 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.