Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486849
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Maznah Banu Mohamed Habiboo Raman (P42479) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:25:56Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:25:56Z | - |
dc.date.issued | 2017-02-17 | |
dc.identifier.other | ukmvital:96652 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486849 | - |
dc.description | MARKAL-MACRO merupakan sistem tenaga yang terkenal dan digunapakai oleh lebih 50 negara. Ianya berlandaskan model tenaga yang kompleks berbentuk bawah-ke-atas (bottom-up) mengaitkan tenaga, ekonomi dan persekitaran. Malaysia ketika ini belum memiliki model yang terdiri daripada semua bentuk tenaga, tenaga elektrik serta ekonomi. Objektif tesis ini adalah mengkaji semua aliran tenaga di Malaysia serta membina sebuah model matematik mewakili tenaga secara komprehensif yang mana merangkumi tenaga utama, tenaga terproses, tenaga elektrik serta faktor-faktor ekonomi seperti penawaran, permintaan tenaga, import, eksport dan harga. Data bagi Sistem Tenaga Bersepadu Malaysia (IMEM) diperolehi daripada Suruhanjaya Tenaga Malaysia untuk semua pembolehubah dan parameter yang terlibat bagi tempoh 24 tahun (1990-2013). Kaedah model pemprograman linear ini melibatkan 24 pembolehubah merangkumi operasi pengekstrakan, pusat penapisan, import, eksport, pengagihan, permintaan dan lain-lain. 24 parameter terlibat merangkumi rezab tenaga utama, kapasiti pengekstrakan, pusat penapisan, harga pasaran, diskaun, import, eksport, stok dan lain-lain manakala 53 kekangan merangkumi semua aliran tenaga yang terlibat dalam IMEM. Julat perubahan di antara 1 - 10% digunapakai terhadap beberapa parameter terlibat dan model ini diselesaikan menggunakan LINGO. IMEM terdiri daripada tiga modul utama. Modul pertama mewakili semua tenaga utama. Modul kedua mewakili pelbagai transformasi tenaga serta tenaga elektrik, dan modul ketiga terdiri daripada permintaan, import, eksport kesemua tenaga utama dan terproses; serta faktor-faktor ekonomi seperti harga pasaran, diskaun, inflasi dan lain-lain. Ujian menentusah dijalankan dengan membandingkan nilai-nilai terhasil daripada IMEM dengan nilai sebenar. Hasilnya adalah korelasi sebanyak 0.8. Kajian parametrik mendapati perkaitan yang tinggi antara peningkatan terhadap permintaan tenaga terproses dengan import serta eksport tenaga tersebut; di samping kebergantungkan negara terhadap sumber-sumber tenaga utama yang makin berkurangan. Bagi memudahkan pengguna tenaga antaramuka telah dibina menggunakan lembaran kerja excel. Antaramuka ini membolehkan pengguna menentukan parameter yang ingin dikira disamping membuat unjuran bagi semua tenaga utama dan hasilannya. Tiga senario dikaji iaitu urusan-perniagaan-biasa (business-as-usual), perubahan dalam parameter seperti harga dan permintaan tenaga. Unjuran dari IMEM bagi tempoh sepuluh 10 tahun menunjukkan hasil yang seiring dengan polisi tenaga negara serta memenuhi keperluan tenaga negara serta peningkatan terhadap beberapa hasil tenaga seperti petroleum, LPG dan tenaga elektrik. Secara kesimpulan IMEM berjaya secara sepadu membina keseluruhan senario tenaga menjadi sebuah model pemprograman linear yang berkesan kos dan rendah risiko kepada pengguna bagi perancangan tenaga menggunakan sumber-sumber sedia ada. Model IMEM boleh diperbaiki dengan penambahan tenaga solar dan nuklear. Penamhaban pembolehubah dan parameter seperti stok, kapasiti semua operasi dalam pusat penapisan, penggunaan tenaga elektrik secara lebih terperinci; factor-faktor persekitaran berkaitan dengan pelepasan gas CO2 serta tenaga diperbaharui yang lain boleh ditambah ke dalam IMEM bagi menampung tenaga alternatif di masa hadapan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Matematik | |
dc.subject | Power resources -- Mathematical models | |
dc.title | Permodelan matematik bagi model tenaga bersepadu Malaysia | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 239 | |
dc.identifier.barcode | 002768(2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96652+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 515.95 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.