Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486844
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Jaharah Abdul Ghani, Prof. Ir. Dr. | - |
dc.contributor.author | Siow Ping Chuan (P59414) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:25:54Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:25:54Z | - |
dc.date.issued | 2016-08-19 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:96612 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486844 | - |
dc.description | Kelebihan salutan keras (mendapan lapisan nipis yang keras), termasuk kekerasan yang tinggi, pekali geseran yang rendah dan stabiliti kimia yang tinggi, telah menarik tumpuan yang meluas kerana prestasinya yang unggul dalam pemesinan. Prestasi salutan sangat bergantung kepada ciri-ciri tribologi bahan salutan tersebut. TiCN (Titanium kabornitrida) ialah bahan salutan keras yang popular untuk mata alat tungsten karbida, dan ia boleh terdapat dalam pelbagai jenis komposisi dan seterusnya pelbagai ciri-ciri tribologi. Dalam kajian ini, pemendapan wap fizikal arka katod (CAPVD) telah digunakan untuk mengubahsuai komposisi salutan TiCN dan menghasilkan salutan salutan TiCxN1-x dengan pelbagai jenis ciri-ciri. Substrat yang digunakan dalam kajian tesis ini adalah mata alat tungsten karbida WC-6Co yang dibuat-tersuai dan dihasilkan menerusi kaedah metalurgi serbuk. Ciri-ciri tribologi salutan TiCxN1-x yang terhasil diperiksa dan dikaji dengan pelbagai jenis ujikaji, termasuklah pembelauan sinar-X (XRD), spektroskopi fotoelektron sinar-X (XPS), ujian mikrokekerasan permukaan, ujian nano-lekuk, ujian pin-atas-cakera, ujian kekonduksian terma dan ujian calaran. Mata alat tungsten karbida dengan salutan TiCxN1-x dibuat tersuai yang mempunyai ciri ciri optimum seterusnya digunakan dalam ujikaji proses larik keluli tahan karat AISI 347 secara kering. Kesemua ujian pemesinan dijalankan dengan mesin CNC Colchester 600 Tornado T4, pada laju pemotongan 300 m/min dan 400 m/min, dalam pemotongan 0.10 mm dan 0.30 mm, dan kadar suapan 0.10 dan 0.15 mm/pusingan. Ciri-ciri tribologi dan prestasi mata alat karbida tidak bersalut dan bersalut TiCxN1-x yang dibuat-tersuai dibandingkan dengan mata alat karbida tidak bersalut dan bersalut TiCxN1-x komersial Sumitomo. Objektif-objektif kajian ini telah berjaya dicapai. Salutan-salutan TiCxN1-x telah berjaya dihasilkan, dan komposisi salutan TiCxN1-x berjaya diubahsuai menerusi pengawalan nisbah CH4/N2 (C/N) dan peratus CH4. Salutan-salutan yang terhasil ialah TiN, TiC0.2N0.8, TiC0.3N0.7, TiC0.7N0.3, dan TiC. Antara salutan dibuat tersuai, TiCN8 iaitu sejenis salutan TiC0.7N0.3, merupakan salutan yang mempunyai ciri-ciri tribologi yang optimum dalam kajian ini, dan adalah hampir setanding dengan ciri-ciri tribologi salutan TiCN komersial. Mata alat yang dibangunkan telah berjaya digunakan dalam proses larik bahan kerja AISI 347 secara kering, dan keputusan serta prestasi yang ditunjukkan oleh mata alat yang dibangunkan adalah baik dan memuaskan. Namun, prestasi dan keberkesanan yang ditunjukkan oleh mata alat yang dibangunkan adalah lebih rendah berbanding dengan mata alat komersial Sumitomo, dengan hayatnya adalah antara 50-80% daripada hayat mata alat komersial dalam proses larik AISI 347.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Tungsten karbida | - |
dc.subject | Proses larik | - |
dc.subject | Salutan | - |
dc.subject | Keluli tahan karat | - |
dc.subject | Tungsten carbide | - |
dc.title | Pembangunan, pencirian dan penilaian prestasi mata alat tungsten karbida (WC-6Co) bersalut TiCN untuk proses larik keluli tahan karat AISI 347 | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 251 | - |
dc.identifier.callno | TA480.T9S566 2016 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002753(2017) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96612+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 387.1 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.