Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486840
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhammad Fauzi Muhammad Zain, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Mazlan Mohd Tahir (P39554) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:25:53Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:25:53Z | - |
dc.date.issued | 2017-01-05 | |
dc.identifier.other | ukmvital:96607 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486840 | - |
dc.description | Tesis ini bertujuan untuk mencadangkan buat pertama kalinya penerapan elemen atau unsur lantai berpanggung seperti yang terdapat pada rumah warisan Melayu kepada perumahan teres yang terdapat di Malaysia. Ianya membahaskan keperluan untuk melihat semula peranan unsur berpanggung sebagai satu elemen penting seni bina warisan dimana didalamnya merangkumi pelbagai jalan penyelesaian yang menyeluruh yang boleh diaplikasikan kepada perumahan teres di Malaysia. Perumahan teres di Malaysia menghadapi pelbagai permasalahan seperti ketidakselesaan hawa, kekurangan ruang interaksi sosial, isu keselamatan dan kesejahteraan penghuni serta privasi. Maka objektif tesis ini bertujuan untuk menganalisis faktor yang mempengaruhi nilai keselesaan/keharmonian hidup penghuni dengan mengkaji permasalahan perumahan teres di Malaysia serta mengenalpasti sejarah dan perkembangan perumahan teres. Seterusnya tesis ini berharap agar dapat mencerakinkan lunas seni bina warisan Melayu dan mencadangkan penerapan unsur berpanggung kepada reka bentuk teres masa kini. Kajian ini menggunakan metodologi kombinasi dimana aspek dapatan penulisan ilmiah, soal selidik, kajian kes terpilih dan cadangan reka bentuk serta temu bual digunakan untuk menguatkan dapatan penyelidikan. Kajian ini penting kerana ia menyumbang kepada konsep kelestarian reka bentuk seni bina warisan dan kesinambungan budaya dan masyarakat Malaysia melalui keberkesanan penerapan unsur berpanggung. Hasil kajian bersama masyarakat perumahan teres mendapati hanya 2% responden berpuashati dengan reka bentuk teres sediada manakala rata-rata majoriti responden tidak berpuashati malah melakukan banyak pengubahsuaian agar dapat mewujudkan keselesaan dan kesejahteraan yang mereka impikan. Kajian ini juga mendapati 80% responden berminat kepada idea rumah berpanggung dan melihat rumah yang berpanggung mampu mempengaruhi aspek sosio-budaya dan persekitaran serta keselamatan mereka. Arkitek pakar pula merasakan adanya kekangan didalam reka bentuk sediada yang mempengaruhi nilai-nilai sosio-budaya dan persekitaran didalam perumahan teres justeru sepakat merasakan adanya keupayaan didalam penerapan unsur berpanggung kepada reka bentuk perumahan teres kontemporer. Unsur berpanggung sememangnya satu unsur asas didalam prinsip seni bina warisan namun kewujudannya kurang diberi perhatian. Penyelidikan ini khusus melihat kepada perumahan teres dan permasalahannya namun penerapan unsur berpanggung ini boleh diadaptasikan untuk tipilogi bangunan lain. Kajian ini membawa implikasi yang besar kepada pendekatan reka bentuk seni bina di Malaysia dan memberi ruang yang luas untuk penyelidikan seterusnya bagi penghasilan seni bina Malaysia yang bersifat lebih kedaerahan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Lantai berpanggung | |
dc.subject | Rumah teres | |
dc.subject | Seni bina | |
dc.subject | Architecture | |
dc.subject | Domestic -- Malaysia | |
dc.title | Penerapan elemen berpanggung seni bina warisan kepada perumahan teres di Malaysia | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 469 | |
dc.identifier.callno | NA7436.M4M349 2017 3 tesis | |
dc.identifier.barcode | 002749(2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96607+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 959.65 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.