Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486839
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorBaba Md Deros, Prof. Dr.
dc.contributor.authorEzrin Hani Sukadarin (P63100)
dc.date.accessioned2023-10-11T02:25:52Z-
dc.date.available2023-10-11T02:25:52Z-
dc.date.issued2017-04-05
dc.identifier.otherukmvital:96542
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486839-
dc.descriptionMetod pengukuran yang tepat dan pengurusan risiko ergonomik yang komprehensif dapat membantu penyelidik mencari tahap risiko ergonomik yang tepat dan berkesan. Khusus bagi metod pengukuran ergonomik tidak langsung, metod yang berasaskan pen dan kertas menjadi pilihan. Walaubagaimanapun, metod-metod yang yang telah dibangunkan sebelum ini mempunyai banyak kelemahan, seperti: tidak berupaya untuk membuat penilaian risiko ergonomik untuk keseluruhan anggota badan; tiada mengambil kira tempoh pendedahan; aktiviti yang melibatkan daya menolak dan menarik tidak dapat dinilai; metod yang terlalu rumit dan sukar untuk digunakan di lapangan. Tiga objektif utama kajian ialah untuk:mengenalpasti ketidakselesaan pada otot rangka dikalangan pekerja ladang kelapa sawit;membangunkan satu metod baru Simple Ergonomics Risk Assessment (SERA) yang mampu menilai beban biomekanik yang menjadi punca sakit otot rangka di seluruh bahagian badan;dan menguji metod SERA yang dibangunkan dari segi kebolehpercayaan, kesahan dan kebolehgunaan. Kajian dimulakan dengan menjalankan analisa kritikal terhadap kekuatan dan kelemahan metod terdahulu bagi mengenalpasti jurang penyelidikan. Setelah itu, metod SERA dibangunkan dan satu panel penilai kemudian dilantik bagi menentukan tahap kewajaran serta kesahihan metod sebelum ianya digunakan. Komen dan saranan yang diterima daripada pakar dan pengamal ergonomik telah diambilkira semasa membangunkan metod SERA. Setelah itu, metod SERA ditentusahkan pula dengan teknik sEMG (surface elektromyography) untuk memastikan bahawa pengkelasan yang dibangunkan di dalam SERA dapat menilai beban biomekanik dengan tepat. Kajian lapangan dijalankan di ladang kelapa sawit untuk menguji keberkesanan dan keupayaan metod SERA yang telah dibangunkan. Proses pengujian metod SERA yang melibatkan 6 orang pakar dimulakan dengan menguji kesahan kandungan bertujuan menambahbaik persembahan metod. Ia diikuti dengan ujian kebolehpercayaan inter dan intra pemerhati yang melibatkan 6 orang penyelidik dan memperolehi nilai kebolehpercayaan dan korelasi pekali inter-kelas (ICC) yang cemerlang untuk 9 aktiviti perladangan yang dinilai. Nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu nilai ICC melebihi 0.8 juga diperolehi dari ujian yang melibatkan 15 orang pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). Setelah itu, ujian kesahan keriteria dijalankan dikalangan 88 orang pekerja ladang sawit bagi menunjukkan hubungan yang signifikan diantara faktor-faktor risiko dan keluhan sakit otot rangka. Ia diakhiri dengan ujian kebolehgunaan metod baru oleh15 orang pengamal KKP yang menunjukkan nilai min kebolehgunaan yang tinggi pada 70.5 dan sisihan piawai 4.69. Hasil tinjauan di ladang sawit, 99% pekerja mengadu sakit di bahagian belakang bawah, diikuti 85% di bahagian belakang atas dan 81% di bahu kanan.Bagi aktiviti memotong buah tandan segar dan memungut buah lerai, postur badan yang signifikan menyumbang kepada sakit otot rangka ialah leher, pinggang, bahu kanan, bahu kiri, pergelangan tangan kiri dan kanan, tangan kiri dan kanan. Dapatan kajian menunjukkan 73.3% responden bersetuju dan 26.7% sangat bersetuju bahawa metod ini ringkas, mudah dan hanya memerlukan sedikit latihan untuk menggunakannya. Majoriti pengamal KKP juga menyatakan setiap faktor risiko dalam metod ini mudah untuk dinilai. Hasil keseluruhan kajian ini, menunjukkan metod SERA yang telah berjaya dibangunkan mampu untuk membantu penyelidik menjalankan pengurusan risiko ergonomik yang berkesan kerana ianya telah dibuktikan sah dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Hasil dapatan kajian ini juga menunjukkan metod ini akan sering digunakan kerana ianya mudah dan tidak memerlukan peranti tambahan melainkan sebatang pen dan sehelai kertas.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectPenilaian risiko
dc.subjectErgonomik
dc.subjectPekerja ladang kelapa sawit
dc.subjectHuman engineering
dc.titlePembangunan satu metod ringkas pen dan kertas bagi penilaian risiko ergonomik pekerja ladang kelapa sawit
dc.typeTheses
dc.format.pages261
dc.identifier.callnoTA166.E998 2017 3 tesis
dc.identifier.barcode002746(2017)
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96542+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
167.54 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.