Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486829
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Anuar Kasa , Ir. Dr. | |
dc.contributor.author | Norhidayu Kasim (P57627) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:25:49Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:25:49Z | - |
dc.date.issued | 2017-11-08 | |
dc.identifier.other | ukmvital:86195 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486829 | - |
dc.description | Kejadian aliran puing sering berlaku di Malaysia dan memberi kesan kepada ekonomi negara kerana melibatkan kematian dan kerosakan harta benda serta infrastruktur awam. Menyedari akan kesan kejadian aliran puing kepada sosial dan ekonomi negara, kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti mekanisma dan faktor kejadian aliran puing seperti faktor hidrologi, morfologi, geologi dan geoteknik yang mencetuskan kejadian aliran puing di Semenanjung Malaysia. Nilai ambang intensiti hujan-tempoh dan nilai ambang purata intensiti-kumulatif hujan dibangunkan dengan menggunakan kaedah empirik untuk digunapakai di dalam sistem amaran awal tanah runtuh bagi meramal kejadian aliran puing. Penentusahan nilai ambang dibuat menggunakan data kejadian aliran puing yang berlaku. Hasil kajian yang diperolehi membolehkan sistem tersebut dibangunkan bagi memberi masa yang mencukupi untuk melaksanakan pelan tindakan awal seperti penutupan jalan dan memindahkan orang awam yang tinggal di aluran dan kawasan pemendapan puing. Ianya akan dapat mengurangkan risiko dan bencana disebabkan kejadian aliran puing. Ianya akan dapat mengurangkan risiko dan bencana disebabkan kejadian aliran puing. Hubungan antara magnitud kadar alir puncak dan isipadu puing dengan geometri aluran dan keluasan kawasan pemendapan juga dikaji bagi membantu dalam pengurusan risiko kejadian aliran puing menggunakan kaedah empirik. Penentukuran dan pengesahsahihan model simulasi berangka KANAKO dibuat untuk melihat kesesuaian dan ketepatan model berkenaan dalam mensimulasikan kejadian aliran puing. Dengan mengambilkira kewujudan maklumat yang lengkap berkaitan kejadian aliran puing yang telah berlaku, lapan kawasan kejadian aliran puing telah dipilih sebagai kawasan kajian. Lokasi kawasan tersebut adalah di Genting Sempah, Gunung Pulai, Kuala Kubu Baru, Lentang, Gunung Tempurung, Simpang Pulai, Bukit Fraser dan Lojing. Kajian morfologi menunjukkan kejadian aliran puing bermula di kawasan bercerunan lebih 25o dan termendap di kawasan yang berkecerunan kurang daripada 15o. Hasil kajian geologi mendapati kejadian aliran puing berada di kawasan formasi granit dengan gred luluhawa antara III-V dan kebanyakan batuan di kawasan aluran terdiri daripada batuan metamorf dan igneus. Kajian geoteknik menunjukkan tanah jenis pasir berlodak berada di kawasan kejadian aliran puing yang sememangnya mudah mencetuskan aliran puing dan pergerakan tanah semasa hujan. Nilai ambang intensiti hujan-tempoh untuk Semenanjung Malaysia adalah dan nilai ambang purata intensiti-kumulatif hujan adalah Ip = 0.030It 0.8815. Perbandingan nilai ambang intensiti hujan-tempohdengan kajian bagi negara lain di dunia menunjukkan nilai ambang hujan Semenanjung Malaysia adalah lebih tinggi. Ini berkemungkinan besar disebabkan oleh kewujudan lapisan tanah yang tebal dan memerlukan keamatan hujan yang lebih tinggi untuk mencetuskan kegagalan tanah. Hubungan antara kadar alir puncak dengan luas keratan rentas aluran dan lebar aluran masing-masing diberikan oleh persamaan dan , manakala hubungan luas keratan rentas aluran dan kawasan pemendapan dengan isipadu puing masing-masing diberikan oleh persamaan dan . Hubungan kadar alir puncak dan isipadu diberi oleh persamaan . Hasil simulasi menunjukkan ketepatan model berangka KANAKO dalam mensimulasikan kejadian aliran puing berbanding data sebenar di lapangan mencapai sehingga 80% dan nilai tersebut boleh diterima mengikut penilaian statistik model simulasi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Aliran puing | |
dc.subject | Nilai ambang | |
dc.subject | Intensiti hujan | |
dc.subject | Pelan tindakan | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Analisis faktor kejadian aliran puing serta pembangunan nilai ambang intensiti hujan-tempoh dan nilai ambang purata intensiti-kumulatif hujan di Semenanjung Malaysia | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 233 | |
dc.identifier.barcode | 002693(2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_86195+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 117.57 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.