Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486827
Title: Pembangunan sistem pemantauan proses larik berbilang penderia berasaskan peramalan Mahalanobis I-kaz
Authors: Zailan Karim (P54638)
Supervisor: Mohd Zaki Nuawi, Prof. Madya Dr.
Keywords: Haus mata alat
Sistem pemantauan
Sistem penderia
Proses larik
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 20-Jun-2017
Description: Haus mata alat adalah antara penyebab utama yang mempengaruhi barangan siap dari segi hasil kualiti permukaan, ketepatan dimensi dan kos terhadap kerosakan bahan kerja. Ia juga boleh menyebabkan masa henti tak terduga yang boleh merendahkan produktiviti pengeluaran. Oleh yang demikian, sistem pemantauan haus mata alat (Tool Condition Monitoring - TCM) amat diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut. TCM dalam kajian ini adalah merupakan satu sistem yang mengandungi tiga komponen utama iaitu sistem penderia, pemprosesan isyarat dan kaedah membuat keputusan. Sistem pemantauan yang dibangunkan adalah terdiri daripada tiga jenis penderia iaitu dua tolok terikan, dua piezoelektrik dan tiga siaran pengukur daya. Dua keping tolok terikan dicagak kepada pemegang mata alat untuk mengukur pemesongan akibat terikan pada arah pemotongan dan juga pada arah suapan. Dua keping piezoelektrik dicagak pada pemegang mata alat untuk mengukur getaran pada arah pemotongan dan suapan. Penderia piezoelektrik ini dikalibrasi menggunakan alat penguja penentukuran Bruel and Kjaer 4294 untuk memastikan ketepatan frekuensi dan amplitud yang dicerap. Seterusnya, pemegang mata alat dilekatkan kepada 3-saluran Kistler 9257B dinamometer untuk mengesan daya pada arah pemotongan (Fc), tujahan (Ft) dan suapan (Ff). Ujikaji pemesinan dijalankan menggunakan mesin larik HAAS ST-10 CNC dalam keadaan kering. Keluli karbon terkeras sederhana AISI H13 dipilih sebagai bahan benda kerja dan karbida bersalut gred TH1000 (ISO gred H) digunakan sebagai mata alat. Isyarat daripada penderia digunakan sebagai input untuk menganggarkan lebar haus rusuk. Semasa operasi pemesinan dijalankan, dua jenis data diperolehi daripada ujikaji iaitu isyarat pemesongan dan lebar haus rusuk. Isyarat dihantar kepada penyesuai isyarat NI 9237, Measurement Specialist dan Dewe-50-USB2 dan akhir sekali kepada komputer untuk proses perakaman. Manakala, haus rusuk diukur menggunakan mikroskop optik boleh laras. Operasi pemesinan dihentikan apabila haus rusuk (VB) mencapai 0.3 mm. Pencerapan isyarat dan pengukuran haus rusuk dilakukan pada setiap larian dalam satu set ujikaji. Kedua-dua data tersebut menjadi pangkalan data yang digunakan untuk mengesan perkembangan haus mata alat semasa pemantauan atas talian dijalankan. Lapan set eksperimen larik telah dijalankan berasaskan reka bentuk faktorial penuh 23 pada pelbagai laju pemotongan (100 dan 130 m/min), kadar suapan (0.12 dan 0.16 mm/rev) dan kedalaman pemotongan (0.46 dan 0.60 mm). Ciri-ciri isyarat (signal features - SF) yang dibahagikan kepada ciri isyarat global dan ciri isyarat I-kaz telah diekstrak daripada tiga jenis penderia yang digunakan. Ciri-ciri isyarat global dan I-kaz yang mempunyai korelasi yang tinggi terhadap kemajuan haus mata alat digunakan sebagai parameter masukan kepada kaedah membuat keputusan Sistem Mahalanobis Taguchi (MTS) sebelum pengoptimuman, MTS dan Sistem Mahalanobis I-kaz (MIS). Keputusan menunjukkan bahawa ketiga-tiga kaedah ini menyediakan sistem gabungan data daripada berbilang penderia kepada nilai tunggal untuk mengesan dan meramal keadaan haus mata alat. Kaedah MIS yang dibangunkana di dalam kajian ini didapati lebih mudah dan pantas untuk diaplikasi berbanding kaedah MTS sebelum pengoptimuman dan MTS. Ketepatan kaedah ramalan MIS, MTS dan MTS sebelum pengoptimuman adalah masing-masing 92%, 87% dan 77%. Aplikasi GUI dibangunkan berasaskan kaedah MIS yang lebih tepat ini sebagai satu sistem pemantauan haus rusuk mata alat yang baru yang lebih mudah untuk dikendalikan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 245
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_86186+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
266.59 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.