Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486803
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Dzuraidah Abd. Wahab, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Mohd Asri Yusuff (P42562) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:25:39Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:25:39Z | - |
dc.date.issued | 2014-08-05 | |
dc.identifier.other | ukmvital:80162 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486803 | - |
dc.description | Keadaan bebanan ekstrem sering berlaku apabila sesebuah kenderaan yang bergerak melanggar lubang yang dalam atau melanggar objek yang besar di jalan raya. Hentakan yang kuat ini boleh menyebabkan kerosakan pada komponen kenderaan berkenaan. Ia berbeza dengan gegaran rawak yang terhasil dari jalan raya biasa yang tidak menyumbang kepada sebarang bebanan ekstrem. Kegagalan sesuatu komponen yang disebabkan oleh keadaan bebanan ekstrem ini boleh menjejaskan kualiti dan keboleharapan keseluruhan kelompok komponen kenderaan berkenaan. Oleh yang yang demikian, kajian perlu dilakukan untuk menangani masalah berkenaan iaitu dengan mengkaji taburan hayat padanan terbaik yang boleh menganalisis kegagalan hayat lesu bebanan ekstrem dalam domain mekanikal dengan lebih baik. Kajian juga telah dilakukan dengan membangunkan suatu kaedah yang berupaya meramalkan hubungan antara konfigurasi beban perkhidmatan dan bentuk taburan kegagalan hayat lesu komponen. Kaedah kajian yang digunakan melibatkan ujian hayat lesu bebanan berkitar dan penjanaan data hayat lesu menggunakan simulasi Monte Carlo berdasarkan parameter-parameter dari lengkung tegasan hayat berkebarangkalian. Ciri-ciri bagi semua taburan parametrik dianalisis melalui pendekatan penganggaran parameter iaitu kaedah regresi pangkat ke atas-X, kaedah regresi pangkat ke atas-Y dan kaedah penganggaran kebolehjadian maksimum untuk taburan Weibull, taburan lognormal dan taburan nilai ekstrem teritlak. Kesesuaian taburan hayat bagi menilai keboleharapan hayat lesu bebanan ekstrem boleh dilihat melalui fungsi ketumpatan kebarangkalian, fungsi taburan kumulatif dan juga melalui nilai keboleharapan yang diperolehi. Sebagai penentusahan, hasil kajian yang menggunakan komponen sendi buku stereng dibandingkan dengan komponen gandar puntung dan didapati perbandingan menjurus kepada keputusan kajian yang sama. Sumbangan bagi kajian adalah memperkenalkan aplikasi taburan nilai ekstrem teritlak dalam domain mekanikal di mana perbandingan secara keseluruhan mendapati bahawa kaedah yang menggunakan taburan nilai ekstrem teritlak adalah lebih anjal dengan menepati lengkung kegagalan hayat bebanan ekstrem yang diberi. Kajian ini juga mendapati kaedah yang dibangunkan berupaya meramal hubungan antara konfigurasi beban dan bentuk taburan kegagalan bagi sesuatu komponen yang dikaji. Pendekatan ini telah menyumbang kepada pengurangan masa ujikaji yang mana amat dititik beratkan dalam proses pengeluaran komponen. Implikasi ini memberi satu impak yang besar khususnya terhadap pembangunan industri automotif negara.,Extreme event always occur on a moving vehicle such as violation of the hole or a large object on the road. The strong shock can cause damage to vehicle components. It is different for the normal road condition that is not contributes to any extreme load. Failure of a component that is caused extreme load events such as strong shock can affect the overall quality and reliability of the vehicle component groups. As such, the study needs to be done to address the behavior of failure data using the fatigue life and reliability characteristics of extreme fatigue life failure statistical approach. The study can also be done by developing a characterization of life distributions based data and configuration best match load to allow a generalized prediction. The research involves testing the fatigue life and cyclic strain fatigue life data generation using Monte Carlo simulation based on the parameters of probabilistic stress cycle curve. Features for all parametric distributions were analyzed by the method of parameter estimation approaches rank regression method on X, rank regression method on Y and the method of maximum likelihood estimation for the Weibull, lognormal and generalized extreme value distributions. Assess the suitability of the life distribution for the reliability of extreme fatigue life can be seen through a probability density function, cumulative distribution function and also through their reliabilities obtained. For verification, steering knuckle component service load conditions is compared with stub axle component service burden and found comparative studies lead to the same decision. The contribution of this study is to introduce generalized extreme value distribution applications in the mechanical domain where overall comparisons found that the method using the generalized extreme value distribution is more flexible and satisfied the failure of extreme life curve given. The study also found that the developed method capable of predicting the relationship between the load configuration and shape of the distribution of a component failure studied. This approach can contribute to reduced time of experimental testing which is emphasis in the production process components. This implication provides a particularly significant impact on the development of the country's automotive industry.,PhD | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Komponen automotif | |
dc.subject | Ciri hayat taburan | |
dc.subject | Reliability (Engineering) | |
dc.title | Penilaian taburan hayat lesu komponen automotif dengan bebanan ekstrem melalui pendekatan ciri hayat taburan dan fungsi keboleharapan | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 176 | |
dc.identifier.callno | TA169.M843 2014 3 tesis | |
dc.identifier.barcode | 001115 | |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_80162+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.61 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.