Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486779
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAdi Irfan Che Ani, Prof. Madya Sr. Dr.
dc.contributor.authorChan Siew Chong (P49916)
dc.date.accessioned2023-10-11T02:25:30Z-
dc.date.available2023-10-11T02:25:30Z-
dc.date.issued2013-07-22
dc.identifier.otherukmvital:75092
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486779-
dc.descriptionBangunan telah ditakrifkan sebagai salah satu penyumbang utama yang menyebabkan pelbagai jenis masalah alam sekitar yang merangkumi penggunaan sumber-sumber alam secara terlebih sama ada dari segi pembinaan dan operasi atau pun dari segi pencemaran kualiti persekitaran keseluruhan. Kebelakangan ini, penyelidikan-penyelidikan telah dijalankan secara intensif untuk mengatasi isu-isu tersebut dengan menggunakan pelbagai jenis teknologi pembinaan mapan demi mengurangkan penggunaan sumber. Salah satu strategi yang digunakan secara meluas dalam reka bentuk dan operasi bangunan pada hari ini adalah mengoptimumkan penggunaan pengudaraan semula jadi dalam ruang bangunan demi mengurangkan penggunaan dan pembiayaan tenaga buatan manusia tanpa menjejaskan kepentingan dan keperluan keselesaan terma penghuni. Objektif-objektif utama kajian ini adalah mengkaji keberkesanan elemen-elemen reka bentuk pasif dalam mempengaruhi kebolehgunaan aplikasi pengudaraan semula jadi dalam ruang dalaman bangunan setelah mengambil kira parameter-parameter yang berkaitan, termasuk kadar aliran udara, kawasan hijau persekitaran, tahap keselesaan terma, serta kos operasi kitar hayat pengudaraan. Kajian penyelidikan yang berasaskan pendekatan soal selidik dijalankan ke atas 608 orang responden yang dipilih daripada 20 unit pejabat sekolah rendah di Daerah Seremban, di mana 413 daripada mereka berbalas. Para responden diminta memberi nilai skala objektif mengikut turutan keutamaan ke atas data subjektif yang dinilai. Hasil kajian menunjukkan bahawa nisbah purata sedia ada antara keluasan elemen-elemen reka bentuk pasif dengan keluasan lantai adalah sebanyak 2.5 dan ini menunjukkan bahawa elemen-elemen ini memang memainkan peranan penting dalam aspek pengudaraan semula jadi. Selepas berintegrasikan semua data dengan menggunakan kaedah Proses Analisis Berhierarki Analisis disertai dengan Analisis Regresi Pelbagai dalam model ini, maka satu penyelesaian reka bentuk ruang yang optimum untuk tujuan pengudaraan turut diperolehi, dan nilai indeks objektif yang bernilai 3.8039 ini boleh digunakan sebagai alat penilaian asas untuk menentukan tahap aplikasi elemen-elemen reka bentuk pasif dalam bangunan di negara-negara beriklim panas dan lembap demi memenuhi keperluan-keperluan pengguna bangunan untuk merealisasikan reka bentuk pengudaraan yang lebih mapan.,PhD
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectIndeks Komposit Optimisasi Pengudaraan
dc.subjectIKOP
dc.subjectejabat-Pejabat Sekolah Rendah Di Kawasan Tropikal Pembentukan Indeks Komposit Optimisasi Pengudaraan
dc.subjectNatural ventilation
dc.titlePembentukan Indeks Komposit Optimisasi Pengudaraan (IKOP) Di Pejabat-Pejabat Sekolah Rendah Di Kawasan Tropikal
dc.typeTheses
dc.format.pages348
dc.identifier.callnoTH7674 .C484 2013 3
dc.identifier.barcode000574
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75092+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.78 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.