Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486778
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Adi Irfan Che Ani, Prof. Madya Sr. Dr. | |
dc.contributor.author | Ishan Ismail (P51316) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:25:29Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:25:29Z | - |
dc.date.issued | 2013-05-07 | |
dc.identifier.other | ukmvital:75062 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486778 | - |
dc.description | Penilaian terhadap kualiti bangunan kediaman adalah langkah yang penting dan perlu dijadikan amalan bagi memastikan persekitaran kediaman yang disediakan menepati piawaian dan memberi keselesaan kepada pembeli rumah. Di Malaysia, pembangunan projek-projek perumahan terutamanya projek perumahan bertanah seperti rumah teres adalah berkembang pesat disebabkan permintaan yang tinggi. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk membangunkan model konsep Indikator Kecacatan Rumah (IKR), menganalisis taburan kecacatan rumah bagi setiap fasa pemeriksaan, menganalisis pola kecacatan bagi setiap fasa pemeriksaan dan membangunkan indikator kecacatan rumah (IKR). Kaedah penyelidikan melibatkan kerja ukur kondisi rumah yang terdiri daripada tiga fasa pemeriksaan dan kaji selidik tahap kepuasan pelanggan. Sampel penyelidikan adalah 72 unit rumah teres dua tingkat yang baru siap dibina di kawasan Bangi, Selangor. Tiga fasa pemeriksaan bangunan yang dijalankan adalah pemeriksaan menggunakan Matriks Condition Survey Protocol (CSP1) ketika rumah telah disiapkan oleh kontraktor, pemeriksaan sebelum serahan (PDI) rumah kepada pemaju, dan pemeriksaan pelanggan (CIF) ketika pembeli rumah menerima kunci rumah mereka.Pengukuran tahap kepuasan pelanggan pula dilaksanakan menggunakan borang soal selidik. Analisis data dijalankan dengan bantuan perisian komputer Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil ukur kondisi mendapati sebanyak 2,138 kecacatan direkodkan bagi pemeriksaan Matriks CSP1, 1,606 kecacatan bagi pemeriksaan PDI dan 817 kecacatan bagi pemeriksaan CIF. Purata kecacatan bagi setiap rumah pula adalah 30 kecacatan bagi pemeriksaan Matriks CSP1, 22 kecacatan bagi pemeriksaan PDI dan 11 kecacatan bagi pemeriksaan CIF. Bagi bidang pula, senibina mencatatkan kecacatan yang tertinggi dengan majoriti 92.1% bagi ketiga-tiga fasa pemeriksaan. Pengukuran kepuasan pelanggan pula mendapati skor kepuasan pelanggan berada pada tahap pertengahan. Menggunakan kaedah Multi Attribute Value Technique (MAVT), formula dan nilai IKR bagi ketiga-tiga fasa pemeriksaan diperoleh. Bilangan rumah yang diklasifikasikan sebagai rosak adalah sebanyak 45 unit bagi IKRCSP1, 6 unit bagi IKRPDI dan 5 unit bagi IKRCIF. Perbandingan mendapati nilai IKRCSP1 adalah lebih tinggi berbanding nilai IKRPDI, manakala nilai IKRPDI adalah lebih tinggi berbanding nilai IKRCIF. Pola nilai IKR ini menunjukkan bahawa kualiti mutu kerja semakin meningkat. Seterusnya, formula am bagi mendapatkan nilai IKR bagi setiap unit rumah dibentuk. Formula tersebut telah diuji serta disahkan ketepatan dan kebolehpercayaannya. IKR yang dihasilkan ini boleh digunakan bagi pihak-pihak terbabit untuk menilai kualiti binaan rumah yang dihasilkan.,PhD | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pembangunan Indikator Kecacatan Rumah Teres Dua Tingkat | |
dc.subject | Kecacatan Rumah Teres Dua Tingkat Pada Fasa Siap-Bina | |
dc.subject | Rumah Teres Dua Tingkat Pada Fasa Siap-Bina Indikator Kecacatan | |
dc.subject | Building failures--Investigation | |
dc.title | Pembangunan Indikator Kecacatan Rumah Teres Dua Tingkat Pada Fasa Siap-Bina | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 224 | |
dc.identifier.callno | TH441 .I838 2013 3 | |
dc.identifier.barcode | 000577 | |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75062+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 7.62 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.