Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485868
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ruhanita Maelah, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Haslina Hassan (P56307) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-10T09:06:40Z | - |
dc.date.available | 2023-10-10T09:06:40Z | - |
dc.date.issued | 2018-07-25 | |
dc.identifier.other | ukmvital:102624 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485868 | - |
dc.description | Perbincangan isu alam sekitar sangat ketara dalam industri pembinaan kerana kesan alam sekitar daripada aktiviti pembinaan adalah tinggi. Oleh itu, tekanan terhadap syarikat pembinaan untuk lebih bertanggungjawab dalam memulihara alam sekitar semakin meningkat. Sistem pengurusan alam sekitar (SPAS) boleh digunakan sebagai sebahagian usaha untuk mencapai peningkatan pengurusan alam sekitar. Manakala perakaunan pengurusan alam sekitar (PPAS) adalah salah satu cabang SPAS yang merupakan alat pengurusan alam sekitar yang baru untuk mengesan dan mengenal pasti kos alam sekitar dan pergerakan fizikal alam sekitar. Namun, perlaksanaan SPAS di industri pembinaan di Malaysia masih di tahap sederhana kerana SPAS dipercayai akan meningkatkan perbelanjaan organisasi. Secara tidak langsung, perlaksanaan PPAS juga adalah di tahap yang sama. Oleh itu, berdasarkan teori perubahan organisasi yang berfokus kepada model penetapan matlamat (goal setting) dan model evolusi, kajian ini mencadangkan faktor dalaman seperti pihak pengurusan atasan, latihan dan strategi dan juga faktor luaran seperti kerajaan, masyarakat dan pasaran, berkemungkinan boleh mempengaruhi perlaksanaan PPAS di sesebuah organisasi, dan seterusnya mampu meningkatkan prestasi organisasi. Oleh itu, fokus utama kajian ini adalah menentukan hubungan antara faktor-faktor dalaman dan luaran, PPAS, prestasi alam sekitar dan prestasi ekonomi organisasi di industri pembinaan di Malaysia. Selain itu, tahap tindakbalas (responsiveness) alam sekitar di industri pembinan turut diperoleh melalui kajian ini. Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada syarikat pembinaan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) pada Gred pendaftaran G7 dan bertaraf aktif. Data yang diperolehi dianalisis berdasarkan Pemodelan Persamaan Berstruktur (SEM) menggunakan perisian AMOS. Kajian mendapati faktor luaran dan faktor dalaman mempunyai hubungan yang signifikan dengan PPAS; PPAS juga mempunyai hubungan yang signifikan terhadap prestasi alam sekitar dan prestasi ekonomi organisasi; dan prestasi alam sekitar didapati berhubung secara positif dengan prestasi ekonomi organisasi. Namun prestasi alam sekitar didapati bukanlah pemboleh ubah perantara antara PPAS dan prestasi ekonomi organisasi. Tahap tindakbalas alam sekitar di industri pembinaan adalah di peringkat keempat iaitu pengurusan alam sekitar secara menyeluruh, di mana pihak pengurusan mengambil pendirian yang proaktif dalam menangani isu alam sekitar. Sumbangan kajian secara teoretikal adalah melalui bukti empirikal yang menyokong teori perubahan organisasi, model evolusi dan penetapan matlamat yang menyatakan perubahan organisasi didorong oleh persekitaran dalaman dan luaran untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan, yang menjelaskan perkaitan antara faktor dalaman dan luaran yang mendorong perlaksanaan PPAS, dan seterusnya meningkatkan prestasi alam sekitar dan prestasi ekonomi organisasi dalam industri pembinaan. Dari sudut praktikal, ia mampu memberi panduan kepada pengurus berhubung pelaksanaan PPAS, dan kepada pembuat polisi dalam mengawal selia aktiviti pembinaan melalui amalan PPAS. Daripada sudut metodologi kajian ini telah menambah baik pengukuran pemboleh ubah kajian. Implikasi kajian menunjukkan pelaksanaan PPAS mampu meningkatkan prestasi alam sekitar dan prestasi ekonomi organisasi. Sehubungan itu PPAS wajar dilaksanakan oleh syarikat pembinaan kerana selain boleh memulihara alam sekitar, prestasi ekonomi organisasi juga meningkat.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Environmental management -- Malaysia | |
dc.title | Perakaunan pengurusan alam sekitar dan prestasi organisasi: kajian industri pembinaan di Malaysia | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 228 | |
dc.identifier.callno | GE320.M4H367 2018 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003581(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_102624+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 9.23 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.