Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485867
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abu Hassan Shaari Md Nor, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Elya Nabila Abdul Bahri (P73482) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-10T09:06:40Z | - |
dc.date.available | 2023-10-10T09:06:40Z | - |
dc.date.issued | 2018-07-24 | |
dc.identifier.other | ukmvital:102622 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485867 | - |
dc.description | Kajian lepas telah mengesahkan bahawa pembangunan kewangan menjadi pemangkin kepada kapasiti penyerap dalam hubungan antara pelaburan langsung asing (FDI) dan pertumbuhan ekonomi. Namun, ada juga kajian yang mencadangkan pembangunan kewangan mampu mengurangkan pertumbuhan ekonomi melalui hipotesis ��terlalu banyak kewangan menjejaskan pertumbuhan ekonomi��. Sehubungan itu, wujud persoalan sejauh manakah sektor pembangunan kewangan harus dibangunkan untuk mengoptimakan manfaat dari FDI kepada pertumbuhan ekonomi. Tambahan pula, wujud kemeruapan kadar pertukaran asing yang sering melanda sesebuah negara menjadi penghalang kepada aliran masuk FDI ke negara tuan rumah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk merungkai kekusutan hubungkait antara keempat-empat pembolehubah dengan mencadangkan hubungan tidak linear dan wujudnya nilai ambang. Secara terperinci, kajian ini menguji peranan pembangunan kewangan sebagai kapasiti penyerap dalam hubungan antara FDI dan pertumbuhan ekonomi melalui tiga aspek iaitu pertama, pengukuran pembangunan kewangan melalui pembinaan indeks, kedua, peranan pembangunan kewangan secara tidak linear sebagai kapasiti menyerap dalam hubungan antara FDI dan pertumbuhan ekonomi, dan ketiga, peranannya dalam tahap kemeruapan kadar pertukaran asing yang berbeza. Pembinaan indeks pembangunan kewangan (IFinDev) adalah dengan mengambilkira tiga petunjuk kewangan terpilih iaitu kredit domestik kepada sektor swasta, liabiliti kecairan dan kredit swasta kepada wang deposit oleh bank. Tiga elemen ini dipilih berdasarkan kepentingannya sebagai bantuan kewangan dan potensi kebolehpasaran yang mampu menarik FDI masuk ke sesebuah negara. Indeks ini kemudiannya digunakan dalam empat model iaitu model linear, model linear dengan interaksi, model tidak linear, serta model tidak linear dengan interaksi dengan menggunakan kaedah momen teritlak (GMM). Data panel bagi 64 buah negara membangun digunakan dari tahun 2009 hingga 2015, iaitu selepas berlakunya krisis kewangan global. Menariknya, dapatan kajian ini telah mencabar hipotesis ��terlalu banyak kewangan menjejaskan pertumbuhan ekonomi�� seperti yang telah dicadangkan oleh Law dan Singh (2014) dan Arcand et al. (2015), tetapi menyokong kepada hipotesis ��lebih banyak kewangan, lebih banyak pertumbuhan ekonomi�� (Levine, 2003). Kajian ini mendapati bahawa hubungan antara pembangunan kewangan kepada pertumbuhan ekonomi adalah secara tidak linear berbentuk U atau anti-Kuznets, di mana pembangunan kewangan memberikan kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi apabila ia melepasi suatu tahap pembangunan kewangan. Ketidaklinearan ini juga wujud dalam model interaksi dengan FDI. Hubungan antara FDI, pembangunan kewangan dan pertumbuhan ekonomi seterusnya diuji dengan mengambilkira pengaruh kemeruapan kadar pertukaran asing bagi 41 buah negara membangun. Kemeruapan kadar pertukaran asing didapati menjejaskan pertumbuhan ekonomi secara langsung serta menjejaskan peranan FDI kepada pertumbuhan ekonomi. Namun begitu, pembangunan kewangan mampu mengurangkan kesan negatif kemeruapan kadar pertukaran asing ke atas pertumbuhan ekonomi pada tahap kemeruapan kadar pertukaran asing yang rendah berbanding kemeruapan kadar pertukaran asing yang tinggi. Daripada hasil kajian ini, pembuat dasar perlu meningkatkan tahap pembangunan kewangan agar dapat menarik pelabur langsung asing masuk ke sesebuah negara dengan syarat pembangunan kewangan melepasi tahap ambang sekurang-kurangnya 75 persentil. Demi menjaga kestabilan ekonomi, pembuat dasar juga perlu mengurangkan tahap kemeruapan kadar pertukaran asing dengan sewajarnya. Kesimpulannya, tahap pembangunan kewangan perlu dipertingkatkan kerana ia merupakan kapasiti penyerap kepada tarikan FDI ke sesebuah negara dan juga sebagai mekanisma dalam mengurangkan kesan negatif kemeruapan kadar pertukaran asing kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Economic development -- Finance | |
dc.title | Pelaburan langsung asing, pembangunan kewangan, kemeruapan kadar pertukaran asing dan pertumbuhan ekonomi | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 275 | |
dc.identifier.callno | HF1359.E439 2018 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003579(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_102622+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.93 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.