Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485841
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJamal Othman, Prof. Dr.
dc.contributor.authorA. Faroby Falatehan (P47357)
dc.date.accessioned2023-10-10T09:06:28Z-
dc.date.available2023-10-10T09:06:28Z-
dc.date.issued2015-08-20
dc.identifier.otherukmvital:80055
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485841-
dc.descriptionSystem of Rice Intensification (SRI), merupakan suatu kaedah penanaman padi secara intensif yang merangkumi aspek-aspek pengurusan tanah, tanaman dan air. Walaupun mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan kaedah penanaman konvensional, belum ramai petani yang mengamalkan SRI. Kajian ini bertujuan menganalisis kesan ekonomi SRI dari berbagai aspek, seperti hasil pengeluaran, keuntungan, teknologi pengeluaran serta manfaatnya kepada masyarakat dan alam sekitaran. Kajian dilakukan terhadap 360 responden pesawah di kawasan terbesar pengeluar beras di Provinsi Jawa Barat, khususnya di daerah Subang dan Karawang. Responden dibahagikan kepada petani SRI dan bukan SRI. Kajiselidik lapangan dijalankan antara Oktober 2012 hingga Mac 2013. Kajian mendapati tidak semua petani menjalankan semua tahapan yang diperlukan SRI. Berbanding dengan sistem konvensional, hasil pengeluaran padi SRI di seluruh kabupaten lebih tinggi sebanyak 27 peratus. Manakala nisbah manfaat-kos bagi SRI di kedua-dua daerah lebih tinggi berbanding bukan SRI. Analisis diskriminasi mendapati kedua-dua sistem penanaman ini boleh dibezakan secara signifikan berasaskan pembolehubah-pembolehubah tertentu. Hasil penganggaran fungsi pengeluaran mendapati SRI signifikan terhadap hasil pengeluaran bagi petani. Hasil SRI lebih tinggi daripada bukan SRI. Kesan marginal input SRI dan bukan SRI adalah sama. Beberapa faktor-faktor input yang signifikan adalah jumlah baja TSP per hektar, jumlah baja NPK per hektar, dan jumlah penggunaan tenaga kerja per hektar. Penganggaran regresi binomial logit mendapati faktor-faktor utama yang mempengaruhi petani menerimapakai SRI ialah adanya latihan dan kelompok petani. Hasil penganggaran keanjalan penggantian input Allen Uzawa mendapati input baja kotoran haiwan dan urea untuk SRI adalah pengganti yang lemah. Sebaliknya untuk bukan SRI, kedua input berkenaan memiliki hubungkait pelengkap yang lemah. SRI dan bukan SRI berada di tahap pulangan menurun ikut skel. Ini bermakna pengeluaran pertanian bagi kedua-dua sistem mengalami kos purata yang menurun dalam jangka panjang. Dari segi kesan alam sekitar dan sosial, SRI lebih positif berbanding dengan bukan SRI. Didapati SRI mampu menyerap tenaga kerja sebanyak 8.03 peratus lebih tinggi berbanding dengan bukan SRI. Dapatan kajian digunakan sebagai asas dalam pembentukan dasar dan pengembangan pertanian SRI di Indonesia.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
dc.rightsUKM
dc.subjectKaedah penanaman padi
dc.subjectSistem Intensifikasi Padi (SRI)
dc.titleAnalisis ekonomi sistem intensifikasi padi (SRI) di provinsi Jawa Barat, Indonesia
dc.typeTheses
dc.format.pages345
dc.identifier.barcode002003(2016)
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80055+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
833.06 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.