Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485784
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Norlin Khalid, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Hakimah Nur Ahmad Hamidi (P88007) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-10T09:05:55Z | - |
dc.date.available | 2023-10-10T09:05:55Z | - |
dc.date.issued | 2021-06-17 | |
dc.identifier.other | ukmvital:127497 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485784 | - |
dc.description | Tahap pengeluaran dan penggunaan yang tinggi telah membuktikan minyak sawit sebagai komoditi utama dunia sehingga ke hari ini. Industri minyak sawit di dominasi oleh dua negara utama iaitu Malaysia dan Indonesia, di mana kedua-dua buah negara ini merupakan negara pengeksport minyak sawit utama di dunia. Namun begitu, industri minyak sawit berhadapan dengan pelbagai cabaran yang boleh menggugat kedudukannya di pasaran antarabangsa. Justeru, pemahaman yang mendalam tentang keseluruhan prestasi industri ini dari sudut daya saing eksport, impak halangan perdagangan dan potensi eksport adalah penting bagi memastikan industri ini terus memberikan pulangan yang tinggi kepada pendapatan negara dan kekal relevan di mata dunia. Kajian ini menambah baik kajian terdahulu dengan menekankan konsep daya saing eksport menggunakan konsep faedah berbanding. Hal ini kerana penggunaan nilai eksport kasar atau bersih untuk menilai daya saing adalah kurang tepat dan dikhuatiri memberikan hasil kajian yang kurang tepat. Dengan menggunakan model autoregresif lat tertabur (ARDL), faktor-faktor yang mempengaruhi daya saing eksport di Malaysia dan Indonesia telah ditentukan. Hasil kajian menunjukkan daya saing eksport di keduadua buah negara didorong oleh faktor yang sama iaitu keluasan tanah tanaman kelapa sawit, harga, penggunaan domestik dan kadar pertukaran mata wang asing. Sehubungan itu, kajian ini juga memasukkan pemboleh ubah pensijilan kelestarian bagi melihat kepentingan polisi tersebut dalam membantu meningkatkan daya saing eksport minyak sawit. Hasil kajian bagaimanapun menunjukkan pemboleh ubah tersebut mempunyai hubungan yang negatif dalam mempengaruhi daya saing eksport minyak sawit di keduadua buah negara pengeksport utama minyak sawit. Hal ini didorong oleh beberapa faktor utama seperi kurang pengambilan minyak sawit mampan oleh negara pengimport di samping harga yang tinggi bagi setiap tan minyak sawit mampan. Seterusnya, kajian ini mengira indeks halangan perdagangan (TRI) dengan mengambil kira keseluruhan jenis polisi perdagangan iaitu tarif dan pengukuran bukan tarif (NTM). Pengiraan indeks ini adalah lebih holistik berbanding pengukuran mudah yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu. Melalui indeks ini, tahap keterbukaan sesebuah negara terhadap produk minyak sawit di samping perbezaan tahap halangan perdagangan yang dikenakan kepada Malaysia dan Indonesia dapat dilihat. Hasil kajian menunjukkan bahawa 59 negara pengimport yang dipilih dalam kajian ini mengenakan sekatan yang lebih ketat ke atas minyak sawit Malaysia berbanding Indonesia. Kemudian, kajian diteruskan dengan mengkaji impak TRI terhadap eksport minyak sawit Malaysia dan Indonesia, termasuk melakukan analisis perbezaan kesan NTM teknikal dan bukan teknikal dengan menggunakan kaedah kebarangkalian maksimum poisson pseudo (PPML). Dapatan kajian menunjukkan bahawa TRI memberi kesan yang negatif terhadap eksport minyak sawit Malaysia, manakala kesan yang positif terhadap eksport minyak sawit Indonesia. Di samping itu, eksport minyak sawit di kedua-dua buah negara ini lebih terkesan dengan pelaksanaan NTM teknikal berbanding bukan teknikal. Dari sudut potensi eksport pula, andaian awal kajian ini menyatakan kemungkinan wujud potensi eksport yang belum diterokai sepenuhnya kerana pengambilan dan penggunaan domestik minyak sawit di negara pengimport dilihat masih rendah dan mempunyai ruang untuk dipertingkatkan. Hal ini dikaitkan dengan tahap kecekapan teknikal (TE) dalam mengeksport sesuatu barangan. Hasil kajian daripada model perbatasan stokastik (SFM) menunjukkanwujud masalah ketidakcekapan eksport bagi kedua-dua negara, di mana Malaysia dan Indonesia masih belum melakukan eksport ke tahap yang maksimum dengan rakan dagang. Namun begitu, purata nilai TE bagi Indonesia adalah lebih tinggi berbanding Malaysia sepanjang tempoh kajian ini. Hasil kajian juga membuktikan masih terdapat potensi yang cukup besar untuk memaksimumkan eksport minyak sawit di 59 negara pengimport minyak sawit. Oleh itu, kajian ini memberikan beberapa maklumat baru dan saranan yang berguna kepada kerajaan dan penggubal dasar bagi membantu industri minyak sawit berhadapan dengan setiap isu dan cabaran global. Antaranya, kerajaan harus peka dan memberikan penekanan terhadap faktor utama yang mempengaruhi daya saing eksport minyak sawit supaya setiap input yang digunakan dapat memberikan hasil dan pulangan yang maksimum. Pendedahan yang lebih meluas tentang kepentingan pensijilan kelestarian terhadap pengusaha minyak sawit dan pengguna di seluruh dunia juga perlu ditekankan bagi memastikan minyak sawit mampan mendapat tempat di pasaran antarabangsa. Kemudian, penggubal dasar boleh memanfaat nilai TRI yang telah dikira untuk merangka strategi baru bagi membantu pengeksport minyak sawit memenuhi setiap kriteria yang dikehendaki oleh negara rakan dagangan. Sehubungan itu, penggubal dasar juga boleh menambah baik dasar-dasar sedia ada bagi memastikan industri sawit berjaya menembusi pasaran luar pada tahap yang maksimum.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Minyak sawit | |
dc.subject | Eksport | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Daya saing, halangan perdagangan dan potensi eksport minyak sawit dunia | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 159 | |
dc.identifier.barcode | 006454(2021) | |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_127497+SOURCE1+SOURCE1.2.PDF Restricted Access | 1.18 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.