Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485776
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzman Ismail, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNursaadatun Nisak Ahmad (ZP02177)
dc.date.accessioned2023-10-10T09:05:52Z-
dc.date.available2023-10-10T09:05:52Z-
dc.date.issued2019-01-07
dc.identifier.otherukmvital:126242
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485776-
dc.descriptionPeranan Kejurulatihan Pengurusan (PKP) merupakan salah satu gaya bimbingan pihak pengurusan yang menghubungkan antara peranan ketua terdekat dan pekerja dalam sesebuah organisasi. Dapatan kajian yang dijalankan baru-baru ini mengetengahkan bahawa hubungan antara PKP dan efikasi kendiri berupaya mempengaruhi tingkah laku pekerja. Walaupun sifat hubungan ini dikatakan penting, namun peranan efikasi kendiri sebagai pemboleh ubah pengantara masih kurang dibincangkan secara menyeluruh dalam kajian literatur PKP. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi memeriksa hubungan antara PKP (bimbingan pengurusan dan persekitaran maklum balas) dan tingkah laku pekerja (pemindahan latihan dan motivasi melaksanakan tugasan) serta memeriksa peranan efikasi kendiri pekerja sebagai pemboleh ubah pengantara dalam hubungan tersebut. Sebanyak 727 borang soal selidik telah dikumpulkan daripada kakitangan awam yang berkhidmat di kementerian dan jabatan kerajaan persekutuan, Malaysia. Teknik statistik Partial Least Square �� Structural Equation Modelling (PLS-SEM) telah digunakan untuk menganalisis dapatan kajian. Keputusan pengujian hipotesis hubungan kesan langsung menunjukkan, Pertama, bimbingan pengurusan dan persekitaran maklum balas mempunyai hubungan yang positif dengan efikasi kendiri pekerja. Kedua, efikasi kendiri mempunyai hubungan yang positif dengan pemindahan latihan dan motivasi melaksanakan tugasan. Ketiga, bimbingan pengurusan tidak mempunyai hubungan yang positif dengan pemindahan latihan dan motivasi melaksanakan tugasan. Keempat, persekitaran maklum balas mempunyai hubungan yang positif dengan pemindahan latihan dan motivasi melaksanakan tugasan. Keputusan pengujian pengantara mendapati bahawa efikasi kendiri bertindak sebagai pemboleh ubah pengantara yang penting dalam hubungan antara PKP dan tingkah laku pekerja. Hasil kajian ini juga berjaya menyumbang kepada teori sedia ada dengan mengukuhkan kepentingan elemen-elemen PKP terhadap keberkesanan tingkah laku pekerja. Dari aspek pemantapan kaedah penyelidikan, kajian ini telah mengetengahkan kaedah Model Komponen Hierarki (HCMs) bagi menguji konstruk multidimensi yang digunakan dalam kajian. Akhir sekali, dapatan dan cadangan yang dihasilkan oleh kajian ini dapat dijadikan panduan kepada pengamal untuk menambah baik amalan bimbingan pengurusan yang wujud dalam organisasi.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
dc.rightsUKM
dc.subjectBimbingan pengurusan
dc.subjectTingkah laku pekerja
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleHubungan antara kejurulatihan pengurusan, efikasi kendiri dan tingkah laku pekerja dalam perkhidmatan awam, kerajaan persekutuan Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages210
dc.identifier.barcode006400(2021)
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126242+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.58 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.