Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485747
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorTajul Arifin Muhamad-
dc.contributor.authorGunathevan Elumalai-
dc.date.accessioned2023-10-10T09:05:40Z-
dc.date.available2023-10-10T09:05:40Z-
dc.date.issued2012-10-04-
dc.identifier.otherukmvital:119214-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485747-
dc.descriptionPenyakit berkaitan kardiovaskular merupakan pembunuh utama di negara-negara membangun seperti Malaysia. Obesiti dan lemak abdominal merupakan dua faktor utama yang mempengaruhi kecergasan kardiovaskular. Kajian ini bertujuan untuk memastikan sama ada terdapatnya perbezaan yang signifikan dari segi literasi aktiviti fizikal, obesiti (BMI), kandungan lemak abdominal (WHR) dan daya tahan kardiovaskular (VO2 max) dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang berumur 13 hingga 15 tahun berdasarkan etnik dan jantina. Jumlah sampel kajian adalah seramai 2000 orang dari dua puluh buah sekolah, iaitu 968 pelajar lelaki dan 1032 orang pelajar perempuan di Semenanjung Malaysia. Pelajar Melayu 1271 orang (585 lelaki dan 686 perempuan), Cina 440 orang (220 lelaki dan 220 perempuan) dan India 289 orang (163 lelaki dan 126 perempuan). Kaedah yang digunakan adalah experimen ex-post facto perbandingan kumpulan statik. Analisis diskriptif menunjukkan bahawa tahap pengetahuan, penglibatan, literasi aktiviti fizikal serta daya tahan kardiovaskular tidak begitu memuaskan. Tahap BMI menunjukkan pelajar pre-obes 10.9%, obes 6.1 % manakala kurang berat badan 46.7%. Tahap kandungan lemak abdominal pelajar perempuan 64.9% dan lelaki 22.6% adalah berisiko. Analisis ujian-t menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina bagi tahap pengetahuan, penglibatan, WHR dan daya tahan kardiovaskular, kecuali BMI dan literasi aktiviti fizikal. Analisis ANOVA Sehala bagi pelajar lelaki dan perempuan berdasarkan etnik menunjukkan bahawa tiada perbezaan dari segi BMI dan WHR. Manakala terdapat perbezaan yang signifikan dari segi daya tahan kardiovaskular bagi kedua-dua jantina. Analisis korelasi Pearson Product moment terhadap BMI dengan WHR dan VO2 max menunjukkan ada perhubungan dan signifikan. Ujian MANOVA pula menunjukkan bahawa kesan interaksi tahap kandungan lemak abdominal adalah lebih tinggi terhadap daya tahan kardiovaskular berbanding dengan tahap obesiti. Ini bermakna ujian WHR wajib dilaksanakan di sekolah untuk meramal risiko pelbagai penyakit berkaitan kecergasan kardiovaskular. Selain daripada itu, kajian berdasarkan etnik juga tidak releven dalam bidang ini kerana faktor etnik tidak lagi mempengaruhi tahap obesiti dan kandungan lemak abdominal masyarakat Malaysia yang mengamalkan budaya satu Malaysia.,Tesis ini tidak ada perakuan Sarjana/ Doktor Falsafah.,PhD-
dc.language.isoeng-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectGunathevan Elumalai-
dc.subjectCardiovascular disease-
dc.subjectObesity -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titleObesiti, kandungan lemak abdominal, daya tahan kardiovaskular dan literasi aktiviti fizikal dalam kalangan pelajar Semenanjung Malaysia.-
dc.typeTheses-
dc.format.pages264-
dc.identifier.callnoRJ399.C6G838 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002689 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119214+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
1.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.