Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485642
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFarida Islahudin, Dr.
dc.contributor.authorNorliza binti Mat Ariffin (P75339)
dc.date.accessioned2023-10-10T08:28:40Z-
dc.date.available2023-10-10T08:28:40Z-
dc.date.issued2018-09-28
dc.identifier.otherukmvital:100975
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485642-
dc.descriptionPembasmian Plasmodium vivax malaria adalah sukar, serta boleh mengakibatkan jangkitan malaria yang serius. P. vivax menjadi sasaran utama program pembasmian malaria kebangsaan kerana kewujudan unik parasit hipnozoit yang berpotensi ke arah jangkitan semula. Objektif am kajian ini bertujuan mengenalpasti langkah baru penyaringan skor risiko jangkitan semula yang berpotensi mengawal penularan P. vivax. Kajian pertama mendapati P. vivax adalah spesis utama penyebab malaria di Malaysia, (n=24,952, 45.2%) dengan primakuin, sejenis antimalaria yang digunakan untuk pembasmian parasit tersebut, tertinggi penggunaannya dari tahun 2006 (0.0533 DDD/1000 penduduk/tahun) hingga 2013 (0.0036 DDD/1000 penduduk/tahun). Dalam usaha membendung jangkitan semula, kajian tahap risiko jangkitan semula dijalankan dengan membangunkan model skor risiko menggunakan kaedah analisa receiver operating characteristic (ROC). Pembangunan skor risiko terhadap 2/3 data kajian pesakit (n=1,362) dan model validasi terhadap 1/3 data kajian (n=682) dijalankan. Didapati peramal-peramal signifikan dan skor adalah: pesakit berumur < 27 tahun (skor=1), jenis penularan tempatan (skor=1), kehadiran gametosit > 80 parasit/uL semasa didiagnos (skor=2), rawatan klorokuin bersama primakuin (skor=2) dan rawatan tidak lengkap (skor=2) (jumlah skor=8). Keluasan ROC untuk model pembangunan dan validasi adalah tepat: 0.728 (95% CI: 0.670,0.785; p<0.001); 0.766 (95% CI: 0.700,0.833; p<0.001) dan tiada perbezaan signifikan kedua-dua model ini, (p=0.399, Z-value: -0.8441, ralat piawai: 0.045). Penggunaan skor risiko dalam kalangan anggota kesihatan kemudiannya dikaji (n=64). Kajian untuk menentukan tahap kepenggunaan dan persepsi terhadap skor risiko yang dibangunkan adalah memuaskan; min+SD 76.64+2.53 (skor maksimum: 100) dan 64.8+8.2 (skor maksimum: 80). Korelasi kuat dengan nilai r=0.715, 95% CI: 0.53-0.89; p<0.001 wujud antara dua parameter ini, menunjukkan bahawa skor mudah digunakan dan selari sasaran malaria kebangsaan. Walaupun pencegahan jangkitan semula dapat ditentukan dengan peramal di atas, kajian seterusnya mendalami hubungkait rawatan primakuin dalam mencegah jangkitan semula P. vivax dijalankan. Kajian polimorfisme genetik ke atas gen CYP2D6, CYP1A2, CYP2C19 dan MAO-A serta kesannya ke atas metabolisma primakuin dijalankan ke atas subjek kajian (n=53). Kadar konstan eliminasi (ke) dan nisbah metabolit-induk (m-i) dijalankan untuk menguji metabolisma primakuin. Analisis alel dan genotaip menunjukkan bahawa polimorfisme CYP2D6 (rs1065852, 100C>T), CYP2C19 (rs4244285, 19154G>A) dan MAO-A (rs6323, 891G>T) mempengaruhi metabolisma primakuin secara signifikan (p<0.05). Polimorfisme CYP1A2 (rs762551, -163C>A) tidak mempengaruhi metabolisma primakuin. Analisis gabungan polimorfisme mendapati kajian subjek (n=5, 12.5%) yang mempunyai dua dan lebih polimorfisme CYP2D6, CYP2C19 dan MAO-A mempengaruhi kadar konstan eliminasi primakuin (p<0.05). Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan maklumat skor risiko dengan genetik metabolisma primakuin bakal menggiatkan usaha penyaringan jangkitan semula di dalam usaha mencapai sasaran sifar penularan P. vivax di rantau ini. Tambahan pula, peranan genetik di dalam metabolisma primakuin memerlukan kajian yang lebih mendalam agar rawatan P. vivax dapat dioptimakan.,Doktor Falsafah
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur
dc.relationFaculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi
dc.rightsUKM
dc.subjectMalaria
dc.subjectParasit
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePembangunan kaedah baru membendung jangkitan semula malaria plasmodium vivax
dc.typeTheses
dc.format.pages198
dc.identifier.callnoWC750.N841p 2018 9
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100975+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.