Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485544
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Rohaya Megat Abdul Wahab, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Nur Atmaliya Luchman (P84698) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-10T07:43:14Z | - |
dc.date.available | 2023-10-10T07:43:14Z | - |
dc.date.issued | 2022-08-13 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:130630 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485544 | - |
dc.description | Sel stem dari pulpa gigi merupakan sumber alternatif sel stem yang mudah diperolehi untuk kejuruteraan tisu tulang. Kesan penggunaan perancah yang berbeza dalam mempengaruhi keupayaan osteogenik sel stem dari tisu pulpa gigi dan penentuan perancah yang sesuai untuk transplantasi masih kurang diketahui. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membandingkan keupayaan sel stem dari pulpa gigi desidus (SHED) dan gigi kekal (DPSC) manusia yang dikulturkan pada perancah hidroksiapatit (HA) dan polikaprolakton (PCL) dalam meningkatkan keupayaan pembezaan osteogenik dan penjanaan semula tulang maksila. Sel dipencilkan daripada tisu pulpa gigi desidus dan gigi kekal menggunakan kaedah pencernaan enzim dan dikulturkan sehingga pasaj tiga. Pencirian SHED dan DPSC dilakukan melalui pemerhatian morfologi, analisis proliferasi, pengasaian enzimatik alkalin fosfatase (ALP) dan pengekspresan penanda molekul sel stem. SHED dan DPSC kemudiannya dikulturkan pada perancah HA dan PCL di mana keupayaan proliferasi dan pembezaan osteogenik secara in vitro dikenal pasti sebelum ditransplantasi secara in vivo. Proliferasi sel pada perancah dinilai menggunakan pengasaian MTT manakala analisis morfologi FESEM, pendekatan biokimia melalui pengasaian ALP dan pengekspresan penanda osteoblas telah digunakan untuk menganalisis keupayaan pembezaan osteogenik. Kajian in vivo pula melibatkan transplantasi sel dengan perancah pada kecacatan buatan tulang maksila kiri tikus yang bersaiz 4 mm lebar dengan kedalaman 1.5 mm. Analisis tiga dimensi menggunakan penilaian mikro-tomografi berkomputer (mikro-CT) dan histologi dilakukan selepas enam minggu transplantasi. Sel pra-osteoblas MC3T3-E1 digunakan sebagai kawalan sepanjang kajian ini. Hasil kajian menunjukkan SHED dan DPSC yang dipencilkan berupaya melekat pada permukaan kelalang pengkulturan dengan morfologi menyerupai sel fibroblas. Kedua-dua jenis sel juga berupaya berproliferasi dengan menghasilkan jumlah sel viabel yang tinggi dan membeza kepada sel osteoblas. Namun begitu, SHED menunjukkan keupayaan proliferasi dan pembezaan osteoblas yang lebih tinggi secara signifikan (p<0.05) berbanding DPSC. Analisis pengekspresan gen menunjukkan kehadiran pengekspresan penanda sel stem mesenkima Cd73+, Cd105+, Cd146+, Cd11b-, Cd34- dan Cd45-. Kedua-dua jenis perancah didapati berupaya menyokong pertumbuhan SHED dan DPSC yang menunjukkan sifat biokompatibiliti perancah. Tanda awal pembezaan kepada sel osteoblas hanya dapat dikesan pada perancah PCL. Walau bagaimanapun, sel-sel pada perancah HA menunjukkan potensi pembezaan osteoblas yang lebih berkesan dengan pembentukan nodul bermineral yang ketara, pengaktifan penanda osteoblas (Runx2+, Col1+, Alp+, Ocn+) dan peningkatan signifikan (p<0.05) pada kadar aktiviti ALP selari dengan kesan aruhan osteoblas yang berpanjangan. SHED pada perancah HA juga telah menunjukkan peningkatan pada proliferasi sel seiring dengan peningkatan ciri fenotip osteoblas berbanding DPSC. Analisis mikro-CT bersama pewarnaan hematoksilin dan eosin mengesahkan hasil analisis in vitro yang menunjukkan pembentukan tulang baru oleh SHED dan DPSC adalah lebih berkesan secara signifikan (p<0.05) pada perancah HA berbanding PCL serta disokong oleh analisis imunohistokimia yang turut mengesahkan pengekspresan ketara penanda tulang ALP dan osteokalsin. Kesimpulannya, SHED dan DPSC menunjukkan keserasian yang lebih baik bersama perancah HA. Kajian ini menunjukkan potensi besar penggunaan kombinasi sel stem dari pulpa gigi manusia bersama perancah HA dalam menjana semula tulang baru untuk aplikasi klinikal berasaskan kaedah kejuruteraan tisu tulang,Ijazah Doktor Falsafah | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Dentistry / Fakulti Pergigian | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Dental Pulp | - |
dc.subject | Durapatite | - |
dc.subject | Tooth | - |
dc.subject | Deciduous | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Potensi penjanaan semula tulang oleh sel stem pulpa gigi manusia pada perancah hidroksiapatit dan polikaprolakton | - |
dc.type | theses | - |
dc.description.notes | e-tesis | - |
dc.format.pages | 265 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Dentistry / Fakulti Pergigian |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Potensi penjanaan semula tulang oleh sel stem pulpa gigi manusia pada perancah hidroksiapatit dan polikaprolakton.PDF Restricted Access | Full-text | 6.41 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.