Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476660
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIbrahim Mohamed, Dr.
dc.contributor.authorNora Shafinaz Saedun (P82842)
dc.date.accessioned2023-10-06T09:23:29Z-
dc.date.available2023-10-06T09:23:29Z-
dc.date.issued2019-08-10
dc.identifier.otherukmvital:123751
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476660-
dc.descriptionPada masa kini, kecekapan organisasi semakin meningkat hasil daripada Teknologi Maklumat (TM) yang bertindak sebagai sokongan dan pemain utama dalam pelbagai cabang industri termasuk dalam bidang perbankan. Pekerja TM diakreditasi sebagai sumber yang penting, walau bagaimanapun mereka tidak diberi banyak perhatian berbanding aset TM yang lain; seperti perkakasan dan juga sistem aplikasi. Perhatian minimum dalam usaha mengekalkan kakitangan TM yang kompeten dan profesional, boleh mengakibatkan mereka meninggalkan profesion mereka. Ini mungkin memberi kesan kepada prestasi organisasi, kerana prestasi dan kualiti yang disampaikan oleh pekerja TM untuk kelestarian perniagaan syarikat akan turut terjejas. Secara tidak langsung ia akan melibatkan kos untuk menggantikan kekosongan jawatan yang kritikal di dalam organisasi. Kajian kesusasteraan telah dijalankan dan mendapati beberapa model seperti Rantaian Keuntungan Perkhidmatan (Service Profit Chain) iaitu RKP, Rantaian Nilai Runcit (Retail Value Chain) iaitu RNR, Cadangan Nilai Pekerja (Employee Value Proposition) iaitu CNP dan Rantaian Keuntungan Nilai (Value Profit Chain) iaitu RKN telah dibangunkan. Hasil sintesis kajian kesusasteraan mendapati hanya RKN menawarkan persamaan untuk mengukur nilai pekerja TM dan seterusnya ia dipilih untuk dijadikan teori kajian, di mana kajian ini dijalankan dengan kaedah campuran iaitu dengan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Dengan objektif kajian untuk mengenalpasti faktor yang bersesuaian bagi elemen pemboleh ubah dan membangunkan model pengukuran nilai pekerja TM, model Pengukuran Nilai Pekerja TM telah dihasilkan untuk mengekalkan kakitangan TM sebagai pihak berkepentingan di dalam organisasi. Penaksiran nilai pekerja dilihat mampu menjadi satu titik tolak yang penting supaya majikan dapat mengekang perletakan jawatan pekerja TM dan mampu membuat keputusan samada seseorang pekerja TM itu memberi impak kepada syarikat secara khususnya. Ia juga memberi manfaat kepada bidang ilmu dalam memberi idea responsif baru untuk terus dikaji. Melalui kajian ini membuktikan model Pengukuran Nilai Pekerja TM yang dibangunkan boleh digunakan untuk menaksir nilai seseorang pekerja TM berdasarkan faktor- faktor yang bertepatan dengan skop lapangan.,Sarjana Teknologi Maklumat
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectTeknologi maklumat
dc.subjectSektor perbankan
dc.subjectRantaian keuntungan nilai
dc.titleModel pengukuran nilai pekerja teknologi maklumat di sektor perbankan berdasarkan rantaian keuntungan nilai
dc.typetheses
dc.format.pages155
dc.identifier.barcode005784(2021)(PL2)
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123751+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
10.88 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.