Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476646
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLam Meng Chun, Dr.
dc.contributor.authorSiti Soleha Muhammad Nizam (P94045)
dc.date.accessioned2023-10-06T09:23:10Z-
dc.date.available2023-10-06T09:23:10Z-
dc.date.issued2020-02-18
dc.identifier.otherukmvital:123458
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476646-
dc.descriptionTeknologi Augmentasi Realiti (AR) membolehkan pengguna melihat maklumat maya dengan persekitaran sebenar pada masa nyata. Pengguna boleh berinteraksi dengan objek maya dalam persekitaran AR melalui teknik interaksi. Pembangunan teknik interaksi bergantung kepada situasi atau konteks penggunaan aplikasi AR. Teknik interaksi asas yang menggunakan penanda tidak sesuai bagi situasi yang memerlukan interaksi yang pelbagai kerana ia hanya dapat membekal manipulasi pindahan dan putaran objek maya. Teknik interaksi ketara merupakan salah satu teknik interaksi AR yang boleh menyediakan pelbagai fungsi manipulasi. Teknik interaksi ketara menggunakan objek fizikal yang berkaitan bagi membolehkan pengguna berinteraksi dengan objek maya. Kebanyakan teknik interaksi ketara yang sedia ada hanya menyediakan fungsi manipulasi asas sahaja seperti menetap kedudukan, mengubah posisi, memutar dan memadam sahaja. Namun begitu, bagi situasi reka bentuk dapur ianya memerlukan fungsi manipulasi yang pelbagai seperti fungsi manipulasi mengubah ciri perabot maya. Kajian teknik interaksi ketara sedia ada mempunyai fungsi manipulasi mengubah ciri perabot maya tetapi melibatkan peranti input atau output tambahan seperti tag Radio Frequency Identification Devices (RFID), Stylus, Head Mounted Display (HMD) dan projektor. Implementasi peranti tersebut dalam AR adalah tidak sesuai kerana ia merupakan peranti yang jarang digunakan dalam kehidupan harian. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk membangunkan teknik interaksi ketara yang menggunakan platform telefon pintar. Bagi penyelidikan ini, bidang reka bentuk telah dipilih dan reka bentuk dapur telah dijadikan sebagai kajian kes dalam penyelidikan ini. Sebuah teknik interaksi ketara dengan kiub dan kad fizikal sebagai medium fizikal yang dilengkapi dengan keupayaan pengarangan telah dibangunkan di mana teknik interaksi ketara ini menyediakan fungsi manipulasi yang sesuai bagi proses reka bentuk dapur. Fungsi manipulasi tersebut merangkumi menetap kedudukan, mengubah posisi, memadam dan menukar ciri. Teknik interaksi ketara yang dibangunkan diimplementasi ke dalam aplikasi AR mudah alih yang menggunakan telefon pintar sebagai peranti. Untuk membangunkan teknik interaksi ketara ini, teknik interaksi AR dan model teknik interaksi ketara dari penyelidikan lepas telah dikaji. Temu bual bersama pereka bentuk dapur juga dijalankan bagi memahami proses dan masalah mereka bentuk dapur. Seterusnya, model dan teknik interaksi ketara direka bentuk dalam fasa pemodelan teknik interaksi ketara. Teknik interaksi ketara telah diimplementasikan ke aplikasi mudah alih AR bagi mereka bentuk dapur. Seramai 34 orang peserta terlibat dalam pengujian untuk menilai tahap kecekapan (bilangan kesilapan dan masa penyelesaian tugas) dan kebolehgunaan teknik interaksi ketara tersebut dalam senario reka bentuk dapur. Empat tugas pengarangan diberikan kepada peserta untuk diselesaikan dengan teknik interaksi ketara dan teknik interaksi asas AR. Selepas tugas telah diselesaikan, soal selidik yang berkaitan dengan kebolehgunaan diberikan kepada peserta. Selain itu, 5 orang pakar dalam AR dan reka bentuk dapur juga terlibat dan mereka setuju dengan tahap kebolehgunaan adalah bagus untuk teknik interaksi ketara (4.58). Hasil pengujian telah membuktikan min masa penyelesaian tugas menggunakan teknik interaksi ketara(3min6s) adalah lebih cepat berbanding teknik interaksi asas AR (4min13s). Selain itu, teknik interaksi ketara juga mencapai kebolehgunaan yang tinggi (4.79) daripada teknik interaksi asas AR (3.90). Secara rumusannya, kajian ini telah menyumbang kepada bidang interaksi dalam augmentasi realiti dengan membangunkan teknik interaksi ketara yang dilengkapi dengan keupayaan pengarangan bagi proses reka bentuk dapur dalam platform mudah alih.,Sarjana Sains Komputer
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectAugmentasi realiti
dc.subjectTeknik interaksi
dc.titlePenambahbaikan teknik interaksi ketara dengan keupayaan pengarangan bagi augmentasi realiti mudah alih
dc.typetheses
dc.format.pages121
dc.identifier.barcode005739(2021)(PL2)
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123458+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.34 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.