Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476644
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLam Meng Chun, Dr.
dc.contributor.authorNur Asylah Suwadi (P93992)
dc.date.accessioned2023-10-06T09:23:08Z-
dc.date.available2023-10-06T09:23:08Z-
dc.date.issued2020-09-06
dc.identifier.otherukmvital:123456
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476644-
dc.descriptionAugmentasi realiti kolaboratif membolehkan pengguna berkomunikasi dengan kandungan digital tiga-dimensi pada dunia fizikal untuk menjalankan tugasan bersama. Permasalahan yang sering terjadi dalam augmentasi realiti kolaboratif ialah objek terlindung daripada pandangan sesetengah pengguna. Teknik x-ray menghasilkan objek lut sinar supaya pengguna dapat melihat bentuk objek dan kedudukan objek terlindung. Namun begitu, teknik x-ray masih mengalami masalah di mana pengguna keliru tentang bahagian objek mana telah dipilih apabila objek adalah kompleks. Kesedaran situasi dikaji bagi menilai pemahaman dan persekitaran pengguna untuk merancang dan melaksana tindakan yang bakal diambil. Penyelidikan ini fokus pada peningkatan kesedaran situasi terutamanya dalam memberi maklum balas terhadap objek yang dipilih dengan teknik x-ray. Oleh itu, objektif penyelidikan ini ialah menambahbaik teknik x-ray melalui gabungan dengan teknik lain seperti kesan sorotan, pemancaran cahaya dan pertukaran pandangan. Empat variasi teknik dibangunkan dan diuji iaitu teknik Hi, Hi-Ray, Hi-View dan Hi-RV. Kesemua variasi mempunyai kesan x-ray dan sorotan, yang mana teknik Hi-Ray dengan tambahan kesan pemancaran cahaya, Hi-View dengan pertukaran pandangan dan Hi-RV merangkumi pemancaran cahaya dan pertukaran pandangan. Seramai 32 orang peserta membentuk 16 kumpulan yang mana setiap satu kumpulan terdiri daripada dua orang terlibat dalam pengujian. Tugas melibatkan seorang peserta sebagai pengajar menunjukkan cara pemasangan bahagian enjin tertentu, seorang lagi peserta sebagai pelajar memerhati objek maya yang telah dipasang dengan keempat-empat teknik interaksi. Pelajar diminta untuk memasang bahagian enjin seperti yang ditunjuk oleh pengajar. Analisis menunjukkan bahawa teknik interaksi tidak mempengaruhi masa yang diambil oleh peserta untuk melaksanakan pengujian. Bagi teknik interaksi CAR terhadap faktor kesilapan pula, analisis menunjukkan bahawa teknik Hi menunjukkan hasil nilai min M = 0.69 iaitu kesilapan tertinggi manakala teknik Hi-View adalah M = 0.00 kerana tiada kesilapan yang dilakukan oleh pengguna semasa menjalankan pengujian. Teknik kegemaran pengguna ialah teknik Hi-View, yang mana hasil nilai min yang paling tinggi bagi faktor kualiti kolaborasi (M = 6.16), interaksi (M = 6.13), kesedaran situasi, (M = 6.23) dan bebanan tugasan NASA (M = 5.59) yang paling rendah dari skala Likert dengan tujuh nilai. Kajian ini telah menyumbang teknik interaksi CAR yang baharu iaitu Hi-Ray, Hi-View dan Hi-RV. Selain itu, gabungan teknik baharu yang dibangun menunjukkan bahawa teknik Hi-View mempunyai prestasi dan kesedaran situasi yang tertinggi.,Sarjana Teknologi Maklumat
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectAugmentasi realiti
dc.subjectX-ray
dc.subjectKandungan digital
dc.titlePenambahbaikan teknik x-ray untuk meningkatkan kesedaran situasi objek terlindung dalam augmentasi realiti kolaboratif
dc.typetheses
dc.format.pages131
dc.identifier.barcode005737(2021)(PL2)
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123456+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.