Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476527
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJuhana Salim, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorZaiha Nadiah Zainal Abidin (P50103)-
dc.date.accessioned2023-10-06T09:20:20Z-
dc.date.available2023-10-06T09:20:20Z-
dc.date.issued2012-06-15-
dc.identifier.otherukmvital:115201-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476527-
dc.descriptionMengurus maklumat bahan kimia merupakan satu cabaran dalam organisasi industri kimia dan institusi akademik. Dalam pusat pengajian yang berteraskan penyelidikan, bahan kimia digunakan secara berterusan oleh pelajar, pensyarah dan penyelidik di makmal. Penggunaan bahan kimia yang berterusan boleh menyumbang kepada penstoran yang menjangkau lebih 10,000 item di makmal penyelidikan, ruang persiapan dan ruang simpanan bahan kimia yang berbeza. Jumlah bahan kimia yang banyak mengakibatkan masalah pengurusan, pemantauan dan kawalan stok bahan kimia. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenalpasti pengurusan bahan kimia yang efisien dan strategik bagi mereka bentuk satu kerangka sistem pengurusan inventori bahan kimia. Kajian ini turut mengkaji sistem inventori berasaskan web dan kawalan stok berdasarkan teknologi penggera dan notifikasi. Kajian ini dilaksanakan secara dua peringkat iaitu peringkat pertama tertumpu kepada mereka bentuk satu kerangka pembangunan sistem pengurusan inventori bahan kimia (SPIBK) berasaskan kajian etnografi di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada peringkat kedua, prototaip sistem pengurusan inventori bahan kimia berasaskan web dibangunkan. Kajian etnografi dilaksanakan untuk mengenalpasti rutin dan aliran kerja yang terlibat dalam pengurusan bahan kimia. Pengumpulan data telah dilakukan melalui pemerhatian, analisis dokumen dan temubual professor, pegawai sains, pakar sistem maklumat, pensyarah dan pelajar. Berdasarkan hasil analisis data melalui kajian etnografi, kerangka pembangunan SPIBK direkabentuk. Dalam kerangka pembangunan SPIBK, elemen penting yang telah dikenalpasti adalah metadata Material Safety Data Sheet (MSDS), perolehan, pengkelasan dan penstoran bahan kimia. Bagi memastikan kawalan stok dapat diselenggarakan secara efisien, teknologi penggera dan notifikasi berasaskan web diintegrasikan dalam kerangka pembangunan SPIBK. Berdasarkan kerangka yang direkabentuk, prototaip sistem pengurusan inventori bahan kimia berasaskan web dibangunkan menggunakan kaedah Spiral Model. Pengujian terhadap SPIBK menunjuk bahawa sistem boleh diguna untuk memproses permintaan bahan kimia secara dalam talian dan mengawal stok dengan berkesan. Teknik penggera dan notifikasi yang diguna didapati berkesan dalam memantau kuantiti bahan kimia dimana tahap stok telah berada dibawah nilai tetap K.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”,Sarjana Teknologi Maklumat,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat-
dc.rightsUKM-
dc.subjectChemistry-
dc.subjectInformation storage and retrieval systems -- Chemistry-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKerangka pembangunan sistem pengurusan inventori bahan kimia (SPIBK)-
dc.typetheses-
dc.format.pages224-
dc.identifier.callnoQD9.Z338 2012 3 tesis-
dc.identifier.barcode002546(2012)-
dc.identifier.barcode005302(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_115201+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
18.6 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.