Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476513
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNor Azan Mat Zin, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNorshahila Ibrahim (P47895)-
dc.date.accessioned2023-10-06T09:19:58Z-
dc.date.available2023-10-06T09:19:58Z-
dc.date.issued2011-04-05-
dc.identifier.otherukmvital:114883-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476513-
dc.descriptionPenyakit jantung merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia. Banyak kempen dan pendidikan kesihatan dalam bentuk bercetak mahupun elektronik telah dianjurkan oleh KKM. Namun kes penyakit jantung masih meningkat setiap tahun. Oleh itu keperluan kaedah pendidikan alternatif sebagai pendidikan awal kepada remaja untuk memberi kesedaran terhadap bahaya penyakit jantung. Kajian ini bertujuan memformulasi model konsepsi perisian edutainment pendidikan kesihatan serta membangun dan menilai perisian berasaskan model konsepsi. Perisian ini menggunakan elemen multimedia dengan memilih animasi 2D sebagai elemen utama untuk remaja berumur antara 12 hingga 15 tahun. Perisian ini dibangun berasaskan pengubahsuaian model reka bentuk ADDIE dan kaedah pembangunan animasi dengan mengambil kira aspek edutainment.. Terdapat lima fasa dalam proses kajian: fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, implementasi dan penilaian. Komponen utama yang dimuatkan dalam perisian ini ialah satu modul animasi dan tiga modul interaktif iaitu “Modul Nasihat”, “Modul Uji Minda” dan “Modul Cari Perkataan”. Perisian kajian ini dibangun menggunakan perisian Adobe Flash CS3, Sony Sound Forge 9.0 dan Adobe Photoshop CS3. Perisian JKS dinilai dari aspek edutainment dan kebolehgunaannya berasaskan aspek kepuasan pengguna dan kemudahgunaan. Pemerhatian turut digunakan bagi melihat reaksi dan tingkah laku responden semasa menggunakan perisian. Borang soal selidik diedarkan kepada 30 orang responden selepas sesi penggunaan. Nilai Cronbach Alpha bagi keseluruhan item soal selidik ialah 0.95. Hasil kajian mendapati bahawa perisian JKS adalah sebuah perisian yang menarik dan menghiburkan (min = 4.36), mudah digunakan (min = 4.30), memuaskan hati pengguna (min = 4.46), berkesan dalam memberi maklumat tentang bahaya penyakit jantung dan cara mengatasi penyakit ini menerusi cerita animasi 2D dan modul interaktif (min = 4.55). Manakala nilai min Ujian Pra dan Ujian Pasca masing-masing 5.90 dan 8.60. Kajian ini menghasilkan sebuah model konsepsi perisian edutainment untuk pendidikan kesihatan menggunakan kaedah yang diubahsuai daripada model reka bentuk ADDIE dan kaedah pembangunan animasi dengan mengambil kira aspek edutainment. Kajian ini juga menghasilkan reka bentuk antara muka dan kandungan perisian edutainment pendidikan kesihatan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Teknologi Maklumat-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat-
dc.rightsUKM-
dc.subjectComputer animation-
dc.subjectEducational technology-
dc.subjectComputer drawing-
dc.subjectHealth education-
dc.subjectHeart -- Diseases-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleAnimasi 2D dalam perisian edutainment pendidikan kesihatan untuk penyakit jantung-
dc.typetheses-
dc.format.pages162-
dc.identifier.callnoTR897.7.N645 2011 3 tesis-
dc.identifier.barcode002463(2011)-
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114883+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.58 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.