Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476480
Title: Model m-pembelajaran untuk pelajar latihan teknikal dan vokasional (TVET)
Authors: Syazwani Azmi (P75856)
Supervisor: Siti Fadzilah Mat Noor, Dr.
Keywords: Pembelajaran mudah alih
Computer-assisted instruction
Issue Date: 21-Apr-2017
Description: Teknologi mudah alih berkembang pesat disebabkan oleh peningkatan penggunaan sistem tanpa wayar generasi ketiga (3G) yang telah membawa evolusi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pembelajaran mudah alih atau m-pembelajaran merupakan inovasi pembelajaran secara maya dengan menggunakan peranti mudah alih dan membolehkan PdP berlaku tanpa mengira tempat dan masa sama ada secara pembelajaran kendiri atau berkumpulan. Walaubagaimanapun, model m-pembelajaran yang sedia ada menunjukkan terdapat kekurangan dalam menepati keperluan pengguna serta melibatkan pengguna secara berterusan dari awal hingga akhir dalam proses pembangunan. Berdasarkan kajian awal, institusi TVET masih mengamalkan proses pembelajaran secara konvensional dan tiada pendedahan terhadap m-pembelajaran. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membangun satu model m-pembelajaran mengikut keperluan pengguna. Skop kajian adalah pelajar TVET sebagai pengguna m-pembelajaran. Kaedah kajian yang digunakan adalah reka bentuk berpusatkan pengguna yang melibatkan empat fasa iaitu analisis keperluan, reka bentuk model, pembangunan prototaip, dan penilaian. Berdasarkan penilaian kebolehgunaan, model m-pembelajaran TVET sesuai digunakan oleh pelajar TVET. Di samping itu, model m-pembelajaran TVET dapat membantu meningkatkan kualiti PdP di institusi latihan kemahiran awam seiring dengan matlamat negara untuk menuju negara maju dan melahirkan tenaga pekerja yang mahir pada masa akan datang.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 91
Call Number: LB1028.5.S973 2017 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99008+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
292.29 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.