Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476470
Title: Aplikasi augmentasi realiti mudah alih dalam pembelajaran literasi fonik bagi kanak-kanak yang mengalami autisme
Authors: Najmiah Mamat (P67872)
Supervisor: Zainal Rasyid Mahayuddin, Dr.
Keywords: Visual
Audio
Interaktif
3D
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 9-Jun-2017
Description: Kanak-kanak yang mengalami autisme mempunyai kecacatan perkembangan yang kompleks iaitu kecelaruan neurologikal terhadap perkembangan komunikasi, interaksi sosial, gerakan tubuh badan, sikap, emosi serta tingkah laku. Salah satu kesukaran yang dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami autisme ini adalah mereka tidak dapat menumpukan perhatian dalam suatu pembelajaran, aktiviti bermain dan komunikasi. Kanak-kanak yang mengalami autisme ini merupakan individu yang mempunyai kebolehan visual yang lebih tinggi berbanding dengan biasa. Sokongan visual merupakan sokongan yang berkesan dalam gaya pembelajaran mereka. Kajian lepas menunjukkan bahawa mereka lebih berminat belajar dan faham dengan kaedah bergambar, pergerakan, bunyi dan sekaligus menarik perhatian mereka. Kemahiran literasi tidak hanya tertumpu pada kemahiran membaca sahaja tetapi turut melibatkan kemahiran lain iaitu kemahiran bahasa lisan, kemahiran menyoal dan menjawab serta kemahiran berfikir secara kritikal. Kemahiran literasi dikenali sebagai kemahiran untuk mengenal huruf atau celik huruf di mana ia bermaksud kemampuan minimum untuk membaca, menulis, mendengar, bertutur dan berfikir dalam sesuatu bahasa. Teknologi augmentasi realiti merupakan salah satu medium yang dapat membantu kanak-kanak yang mengalami autisme bagi pembelajaran yang lebih berkesan dan interaktif. Augmentasi realiti yang membenarkan gabungan dunia nyata dan maya, merupakan salah satu teknologi terkini yang berpotensi dan telah diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Melalui teknologi ini, paparan visual dan audio dapat dihasilkan apabila wujudnya kesepadanan antara imej yang digarap oleh kamera dengan imej yang disimpan di dalam pengkalan data. Aplikasi yang dibangunkan dalam penyelidikan ini memanfaatkan kelebihan augmentasi realiti bagi membantu kanak-kanak yang mengalami autisme untuk meningkatkan kemahiran literasi yang merangkumi cara membaca, menyebut dan mengeja dalam Bahasa Melayu. Aplikasi ini menjurus kepada penggunaan kaedah fonik iaitu cara sebutan huruf-huruf. Kanak-kanak yang mengalami autisme yang dipilih bagi penilaian aplikasi ini adalah daripada peringkat permulaan berdasarkan pemerhatian sewaktu sesi pembelajaran di dalam kelas. Aplikasi ini memaparkan objek tiga dimensi (3D) beserta ejaan objek tersebut dalam bentuk teks grafik apabila ditumpukan pada kad penanda. Pengguna kemudiannya berinteraksi dengan menyentuh objek 3D tersebut untuk menghasilkan audio yang merupakan bunyi-bunyi huruf serta sebutan ejaan mengikut kaedah fonik. Disamping itu, aplikasi ini menyediakan aktiviti permainan yang kreatif iaitu permainan letak dan tarik huruf untuk merangsang interaktiviti semasa pembelajaran. Sokongan visual dan audio terbukti berkesan untuk membantu kanak-kanak yang mengalami autisme dalam mengatasi masalah literasi fonik kerana berdasarkan pemerhatian dan penilaian yang telah dilaksanakan. Secara keseluruhannya, aplikasi ini merupakan salah satu pendekatan yang bermanfaat bagi ibu bapa dan guru-guru serta orang lain untuk membantu kanak-kanak yang mengalami autisme dalam memberi tumpuan dalam pembelajaran literasi fonik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 138
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97967+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
251.4 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.