Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476448
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nor Effendy Othman, Dr. | |
dc.contributor.author | Farouk Abdul Jalin @ Abd Jalil (P75851) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-06T09:18:40Z | - |
dc.date.available | 2023-10-06T09:18:40Z | - |
dc.date.issued | 2016-08-09 | |
dc.identifier.other | ukmvital:86193 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476448 | - |
dc.description | Pengurusan mobiliti pada masa kini memainkan peranan yang kritikal terhadap penyampaian perkhidmatan yang lancar dan berkualiti kepada jutaan pengguna di seluruh dunia dan bersifat telus daripada penglibatan pengguna. Keadaan pelaksanaan dan pengenalan transisi semasa tidak begitu memfokuskan pelaksanaan senario mobiliti komunikasi protokol IPv4 ke atas rangkaian berasaskan protokol IPv6. Peningkatan trend terhadap akses secara mudah alih memacu pembangunan pengurusan mobiliti di dalam persekitaran rangkaian dwi-tindanan. Pelaksanaan mobiliti IP membolehkan pengguna akses mudah alih berupaya bergerak dari satu rangkaian ke rangkaian yang lain tanpa menyebabkan gangguan rangkaian yang signifikan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan mobiliti dwi-tindanan sedia ada tidak menyediakan platform yang efisien bagi mengendalikan senario penyerahan yang menyebabkan kualiti akses tidak berada pada tahap optimum. Kajian ini membentangkan pelaksanaan protokol DMM PMIPv6 pada persekitaran rangkaian dwi-tindanan. Protokol ini dibangunkan berdasarkan konsep rangkaian rata di mana penunjuk mobiliti diletakkan dekat dengan pengguna atau MN, agihan satah kawalan dan data infrastruktur di antara entiti yang terletak di pinggir rangkaian akses secara asasnya mengurangkan bebanan pada proses pengisyaratan seterusnya berupaya meningkatkan prestasi penyerahan. Sehubungan itu kajian ini mengambil inisiatif terhadap seni bina protokol sedia ada bagi pelaksanaan di dalam senario mobiliti dwi-tindanan. Kajian ini mencadangkan pelaksanaan mobiliti dwi-tindanan berasaskan protokol DMM PMIPv6 melalui senario Sokongan Mobiliti Alamat Perumah IPv4 yang membenarkan nod mobil yang berkeupayaan IPv4 dan dwi-tindanan berkomunikasi di dalam rangkaian yang berasaskan IPv6, bagi menyediakan platform pelaksanaan penyerahan yang lebih baik berbanding pelaksanaan kajian sebelum ini. Pengujian protokol DMM PMIPv6 Dwi-Tindanan dilaksanakan menggunakan mekanisme pengujian tapak uji bagi menyiasat kadar prestasi penyerahan. Hasil kajian menunjukkan mekanisme tersebut memberi keputusan prestasi penyerahan yang lebih baik berbanding pelaksanaan kaedah berasaskan PMIPv6 Dwi-Tindanan yang telah dilaksanakan pada kajian yang lalu seterusnya menyediakan platform komunikasi yang lancar kepada pengguna.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pengurusan mobiliti | |
dc.subject | Protokol | |
dc.subject | Rangkaian | |
dc.subject | Mobiliti dwi-tindanan | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Kajian pelaksanaan protokol DMM PMIPv6 di dalam persekitaran rangkaian dwi-tindanan | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 112 | |
dc.identifier.barcode | 002689(2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_86193+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 245.79 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.