Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476425
Title: Model permainan latihan pemulihan strok sebagai modaliti untuk terapi di rumah
Authors: Nurazlin Nor Bahari (P72336)
Supervisor: Azrulhizam Shapi’i, Dr.
Keywords: Pesakit strok
Latihan pemulihan
Kinect
Konteks sosial
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 29-Jan-2017
Description: Latihan pemulihan konvensional adalah membosankan,biasanya ia mengurangkan motivasi pesakit strok untuk melakukannya. Oleh itu pesakit memerlukan program yang boleh menarik perhatian mereka melakukan latihan pemulihan tambahan di rumah.Objektif penyelidikan ini adalah mengenal pasti keperluan permainan pemulihan pas castrok berdasarkan permainan konvensional, mereka bentuk permainan pemulihan yang bersesuaian dengan latihan pemulihan konvensional, dan menguji keberkesanan permainan pemulihan.Dalam permainan ini terdapat dua jenis permainan dan tiga jenis pergerakan latihan pemulihan yang digunakan untuk berinteraksi dengan permainan. Prototaip permainan dihasilkan berdasarkan empat perkara iaitu elemen permainan pemulihan, jenis pergerakan latihan pemulihan, kekangan pesakit pascastrok terhadap tekonologi dan prinsip asas rekabentuk antara muka.Kinect digunakan dalam permainan ini untuk berinteraksi memandangkan pesakit menghadapi kekangan fizikal.Dengan menggunakan Kinect, pesakit tidak terikat dengan sebarang alat untuk berinteraksi dengan permainan.Permainan ini juga menambah konteks sosial yang memberi peluang kepada pesakit mempunyai teman bermain bersama secara persaingan atau kerjasama. Permainan ini diterima oleh pesakit pascastrok dan ahli keluarga dengan memberikan cadangan penambahbaikan setelah dinilai dengan penilaian secara permerhatian dan sesi temubual.Sumbangan penyelidikan ini adalah mengukur sejauh mana keberkesanan konsol permainan Kinect dan permainan pemulihan ini dapat membantu pesakit strok melakukan latihan tambahan di rumah tanpa pengawasan pegawai terapi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 102
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85940+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
99.11 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.