Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476424
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zainal Rasyid Mahayuddin, Dr. | |
dc.contributor.author | Nur Afiqah Khairuddin | |
dc.date.accessioned | 2023-10-06T09:18:13Z | - |
dc.date.available | 2023-10-06T09:18:13Z | - |
dc.date.issued | 2017-01-23 | |
dc.identifier.other | ukmvital:85939 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476424 | - |
dc.description | Pembuatan bersel merupakan satu pendekatan untuk menyelesaikan masalah berkaitan lantai pengeluaran seperti susun atur kilang dan formasi sel dalam industri pembuatan dengan mengaplikasi konsep Teknologi Kumpulan. Konsep pembuatan bersel dapat meningkatkan pencapaian sel dan meningkatkan kualiti produk. Justeru, teknologi simulasi digunakan untuk menyelesaikan masalah – masalah dalam pembuatan bersel. Kajian ini menggunakan teknik cladistic untuk mengklasifikasi masalah pembuatan bersel bagi mengenal pasti perubahan masalah pembuatan bersel. Penggunaan teknologi pembinaan model simulasi pantas pula merupakan kaedah yang boleh mengurangkan masa pembinaan model menggunakan prototaip pantas. Hal ini kerana. pembinaan model simulasi memerlukan masa yang lama serta kemahiran dan pengalaman yang tinggi. Selain itu, ia melibatkan kos yang tinggi terutamanya dalam pembelian perisian dan latihan yang khusus bagi melahirkan pekerja mahir dalam bidang ini. Justeru, objektif utama kajian ini ialah menggunakan teknik cladistic untuk proses mengklasifikasi masalah bagi mempercepat proses pembinaan model simulasi berdasarkan evolusi masalah dan faktor penyebab dalam konteks pembuatan bersel.Keputusan menunjukkan terdapat 22 masalah dan 25 faktor penyebab yang ditemui hasil daripada pengumpulan data. Masalah dan faktor penyebab yang telah dikenal pasti digunakan untuk membina pokok cladogram. Cladogram merupakan rajah pokok yang menggunakan konsep evolusi dalam bidang biologi. Cladogram dapat menunjukkan sejarah evolusi sekumpulan entiti iaitu subjek yang dikaji dan hubungan antara subjek serta karakter yang dikenal pasti. Ia menggambarkan laluan perubahan setiap subjek dan karakter yang dikaji. Oleh itu, cladogram dapat menunjukkan evolusi masalah yang berlaku dalam pembuatan bersel berdasarkan faktor masalah yang dikenal pasti kerana ia mengumpul masalah yang mempunyai karakter yang sama dalam satu kelompok. Berdasarkan cladogram yang telah dibangunkan, pendekatan templat akan diaplikasi kepada masalah dalam pembuatan bersel bagi mengurangkan masa pembinaan model simulasi. Hasil daripada kajian ini, cladogram yang dibina menunjukkan dua kelompok besar utama yang membahagikan masalah mengikut faktor penyebab primitif iaitu yang paling banyak menyebabkan masalah pembuatan bersel. Oleh itu, punca utama yang menyebabkan masalah dalam pembuatan bersel dapat dikenal pasti dan jalan penyelesaian yang bersesuaian dapat diambil.Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan teknik cladistics dapat membantu dalam mengklasifikasi masalah dan seterusnya memudahkan serta mengurangkan masa pembinaan model menggunakan prototaip pantas.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Teknik cladistics | |
dc.subject | Pembuatan bersel | |
dc.subject | Teknologi simulasi | |
dc.subject | Rajah pokok cladogram | |
dc.subject | Cladistic analysis | |
dc.title | Klasifikasi masalah bagi sistem pembuatan bersel dalam pembinaan model simulasi pantas menggunakan teknik cladistics | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 161 | |
dc.identifier.callno | QH83.N857 2017 3 tesis | |
dc.identifier.barcode | 002645(2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85939+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 128.67 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.