Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476362
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Ambar Yarmo, Prof Dr.
dc.contributor.authorIzazi Azzahidah Amin (P54369)
dc.date.accessioned2023-10-06T09:17:04Z-
dc.date.available2023-10-06T09:17:04Z-
dc.date.issued2015-05-21
dc.identifier.otherukmvital:83156
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476362-
dc.descriptionAlkilpoliglukosida adalah surfaktan nonionik yang mesra alam kerana ianya berasaskan sumber yang boleh diperbaharui dan mudah terbiodegradasi. Dalam kajian ini, alkilpoliglukosida yang berasaskan dekanol dan gula ringkas (dektrosa dan trehalosa) sebagai bahan mula telah berjaya ditukarkan ke bentuk dekilmonoglukosida (DMG) dan dekildiglukosida (DDG) menggunakan mangkin heterogenus silika mesoporos sol-gel (sg). Mangkin heterogenus silika mesoporos sol-gel digunakan bagi menggantikan mangkin homogenus konvensional iaitu asid sulfurik pekat. Dalam kajian ini, mangkin silika mesoporos-asid sulfurik sol-gel (SFA-sg) dan silika mesoporos-asid silikotungstik sol-gel (STA-sg) dibangunkan melalui kaedah sol-gel iaitu menggunakan prekursor tetraretil ortosilikat (TEOS) masing-masing dengan kehadiran asid sulfurik dan asid silikotungstik. Hasil analisis FTIR menunjukkan pada nombor gelombang 1043 cm-1 bagi sampel mangkin SFA-sg dan 1042 cm-1 bagi sampel mangkin STA-sg ada pembentukan ikatan Si-O-Si iaitu jejambat siloksana yang membentuk kebanyakan struktur kedua-dua mangkin silika mesoporos. Analisis XRD, menunjukkan ketidakhadiran sebarang puncak, dan hanya corak pembelauan yang melebar yang diperolehi pada 2? = 28o, menunjukkan kedua-dua jenis mangkin bersifat amorfus dengan taburan tapak asid yang lebih seragam. Analisis luas permukaan mangkin menggunakan teknik BET menunjukkan mangkin SFA-sg memberikan luas permukaan yang lebih besar (794.1 m2/g) berbanding mangkin STA-sg (558.9 m2/g). Pencirian permukaan menggunakan teknik XPS menunjukkan tenaga pengikatan Si2p adalah 104.5 eV dan 104.1 eV masing-masing mewakili pembentukan ikatan Si-OH2+ pada mangkin SFA-sg dan STA-sg. Komponen Si-OH2+ memberikan sifat keasidan kepada mangkin SFA-sg dan STA-sg dan menyumbang kepada peningkatan aktiviti pemangkinan. Sintesis DMG dan DDG berjaya dilakukan dengan menggunakan mangkin SFA-sg dan STA-sg yang mudah dipisahkan dan memberikan hasil DMG dan DDG yang berwarna kuning keemasan berbanding hasil warna hitam apabila menggunakan mangkin asid mineral. Analisis jisim molekul relatif hasil akhir tindak balas menggunakan LC-ESI-MS/MS (ToF) mod-positif ((M + Na+) dan M + H+)) memberikan puncak jisim masing-masing m/z = 343.21 amu sebagai DMG pada masa penahanan 11.0 minit dan m/z = 481.34 amu pada masa penahanan 14.0 minit sebagai DDG. Tindak balas pada suhu 110oC-120oC selama 8 jam dalam keadaan vakum memberikan peratusan hasil DMG sebanyak 31% menggunakan mangkin SFA-sg, manakala bagi mangkin STA-sg sebanyak 22 %. Peratusan hasil DDG adalah sebanyak 49 % bagi mangkin SFA-sg, manakala bagi mangkin STA-sg sebanyak 34 %. Ini menunjukkan mangkin SFA-sg lebih reaktif daripada STA-sg disebabkan sifat keasidannya dan mempunyai keupayaan menjerap air. Analisis menggunakan NMR 1H, 13C, HSQC and HMBC bagi sampel DDG telah dipastikan bahawa tindak balas Fischer glikosidasi berlaku antara C1 dekanol dengan atom O pada C6 struktur trehalosa. Manakala tindak balas antara C1 dekanol dengan atom O pada C1 struktur dekstrosa menghasilkan DMG. DMG dan DDG dicirikan sifat fizikalnya menggunakan ujian,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectDissertations
dc.subjectAcademic
dc.titleSintesis surfaktan nonionik jenis dekilmonoglukosidadan dekildiglukosida melalui tindak balas fischer glikosidasi menggunakan mangkin silika mesoporos sol-gel
dc.typetheses
dc.format.pages122
dc.identifier.callnoTP994.I984 2015
dc.identifier.barcode001828
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83156+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.52 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.