Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476345
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Juhana Salim, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Kairulanuar Ab Kadir (P68484) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-06T09:16:47Z | - |
dc.date.available | 2023-10-06T09:16:47Z | - |
dc.date.issued | 2015-02-16 | |
dc.identifier.other | ukmvital:82208 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476345 | - |
dc.description | Kajian menunjukkan pengurusan maklumat hasil penyelidikan yang berselerak di pelbagai fakulti di universiti boleh diurus dengan lebih efisien dengan menggunakan sistem pengurusan harta intelek (HI). Sehubungan dengan keperluan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan dan pemantauan proses HI, beberapa penyelesaian seperti mengenal pasti proses dan prosedur dalam permohonan HI, pelupusan amalan manual serta meneroka kesesuaian menggunakan alat teknologi maklumat (TM) telah dicadangkan. Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan mengesahkan kerangka pengurusan dan pemantauan HI yang boleh menjadi garis panduan kepada pengurusan HI yang lebih efektif. Kerangka ini telah direka bentuk untuk disesuaikan dengan persekitaran pusat inovasi yang diamanahkan untuk mengurus hak harta intelek (HHI) universiti. Kerangka yang dibina melibatkan tiga fasa di mana fasa pertama dan kedua kajian merangkumi pengumpulan maklumat mengenai keperluan dan masalah dalam pengurusan dan pemantauan proses HI sedia ada daripada tinjauan literatur dan kajian kes di Pusat Inovasi universiti. Fasa ketiga melibatkan reka bentuk dan pembinaan kerangka sistem yang mendorong kepada pembangunan prototaip sistem pengurusan dan pemantauan HI. Sistem pengurusan dan pemantauan HI mempunyai tiga komponen utama yang terdiri daripada kesedaran HI, perlombongan HI dan penyaringan HI. Sistem direka bentuk untuk menambahbaik proses mengenal pasti dan menilai HI yang berpotensi dengan meningkatkan kecekapan dalam menyimpan rekod dan mempercepatkan proses menapis sejumlah besar maklumat hasil penyelidikan. Kerangka sistem prototaip disahkan oleh eksekutif pusat innovasi universiti menggunakan teknik think aloud. Hasil analisis data kualitatif menunjukkan sistem prototaip pengurusan dan pemantauan HI memberikan peningkatan yang ketara dalam menyelesaikan isu pengurusan HI sedia ada serta meningkatkan produktiviti pengguna. Kerangka yang direka bentuk membolehkan maklumat yang berkaitan dengan HI diperolehi, disimpan, diurus dan digunakan dengan cara yang lebih cekap dan berkesan berdasarkan konsep pengurusan harta intelek.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kerangka pengurusan | |
dc.subject | Pemantauan harta intelek | |
dc.subject | Pusat Inovasi Universiti | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kerangka pengurusan dan pemantauan harta intelek di Pusat Inovasi Universiti | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 172 | |
dc.identifier.barcode | 002321(2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82208+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 170.38 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.