Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476289
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorYazrina Yahya, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorCik Nora Salleh (P45096)-
dc.date.accessioned2023-10-06T09:15:52Z-
dc.date.available2023-10-06T09:15:52Z-
dc.date.issued2012-04-27-
dc.identifier.otherukmvital:81277-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476289-
dc.descriptionSistem Kerajaan Elektronik (e-Kerajaan) memainkan peranan penting dalam pentadbiran sesebuah Kerajaan masa kini. Untuk menyokong pelaksanaan e-Kerajaan beberapa sistem aplikasi telah dibangunkan sejajar dengan perkembangan pesat di dalam bidang teknologi maklumat. Melalui sistem aplikasi yang dibangunkan, pelbagai perkhidmatan atas talian telah disediakan kepada rakyat atau pengguna. Bagi memastikan keberkesanan dan kejayaan sistem aplikasi yang dibangunkan, faktor kritikal kejayaan (CFS) turut memainkan peranan yang penting. Berdasarkan analisis awal yang dijalankan, CSF telah dijadikan panduan seawal proses pembangunan sistem. Walau bagaimanapun hasil kajian awal mendapati kebanyakan CSF eKerajaan sedia ada tidak memberi penekanan secara langsung terhadap faktor nilai pengguna di dalam mereka bentuk dan membangunkan sistem. Ini menyebabkan sistem yang dibangunkan lebih tertumpu kepada fungsi perniagaan mengikut pemahaman penyedia perkhidmatan. Oleh itu kajian ini telah menggunakan konsep nilai cipta sama yang merupakan disiplin baru dalam kaedah penciptaan nilai, untuk mengenal pasti elemen nilai pengguna. Konsep ini menjadikan pengguna sebagai sebahagian daripada pencipta nilai melalui pengalaman dan pengetahuan mereka. Elemen nilai yang signifikan dengan kehendak dan kemahuan pengguna yang dikenal pasti kemudiannya diserapkan di dalam CSF pembangunan sistem aplikasi eKerajaan. Hasil yang diperoleh daripada kajian yang dijalankan ialah sistem yang direka bentuk dan dibangunkan lebih bercirikan kehendak dan kemahuan pengguna. Secara tidak langsung ia dapat menghasilkan nilai kala guna kepada pengguna yang menggunakan sistem tersebut. Lebih penting melalui nilai kala guna yang diperoleh, menghasilkan kemungkinan pengguna sistem menjadi pengguna berulang seterusnya menggunakan sistem aplikasi e-Kerajaan secara lebih optimum. Dalam mengenal pasti CSF pembangunan sistem e-Kerajaan ini teori mengenai CSF e-Kerajaan sedia ada, nilai pengguna, nilai kala guna, dan nilai cipta sama telah dikaji kerana teori ini telah menyediakan maklumat asas berkaitan konsep penciptaan nilai kepada pengguna. Beberapa elemen nilai yang signifikan dengan kehendak dan kemahuan pengguna telah dikenal pasti di dalam kajian ini seperti: menjimatkan masa; kesenangan; kebebasan; selesa; senang hati; inovasi; pangkat; menjimatkan kos; dan sosial. Elemen nilai ini kemudiannya di transformasi ke parameter yang mewakili kritikal kepada kualiti (CTQ). CTQ ini merupakan gambaran kepada nilai pengguna yang menjadi objektif kepada tindakan pihak penyedia perkhidmatan. Ia merupakan faktor penting yang mewakili nilai pengguna dan menjadi pengukur terhadap kepatuhan tindakan penyedia perkhidmatan di dalam memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Melalui CTQ yang diperincikan, satu set CSF faktor pembangunan sistem aplikasi yang berfokuskan elemen nilai pengguna terhasil. Justeru hasil penyelidikan dapat dijadikan panduan oleh penyedia perkhidmatan untuk mereka bentuk dan membangunkan sistem aplikasi e-Kerajaan di dalam sektor awam, malah boleh diguna pakai untuk lain-lain sistem aplikasi.,Electronic Government System (e-Government) plays a vital role in the administration of a government now. To support the implementation of e-Government a few application systems have been developed in line with the rapid growth of information technology. Through developed application system, various online services have been offered to the citizens or consumers. To ensure the success and effectiveness of the developed application system, Critical Success Factor (CSF) plays an important role. Based on preliminary analysis conducted, CSF has clearly been used as a guideline even in the early era of system development process. However, the initial literature also revealed that most CSF’s in e-Government did not put stress on consumer or user’s value factor in designing and developing the systems. As a result, systems developed are geared towards business functionality. Therefore, this work uses the concept of value co-creation to identify the value elements. This concept acknowledges the user as a part of value creator based on their experience and knowledge. The value elements which are significant with user’s needs and requirements are identified and later embedded in the CSF of electronic government application development. As such, the system developed and designed reflect user’s needs and requirements and able to generate value-in-use to the users who use the system. More importantly, the identified value in use will create the possibility of the system user to be a repetitive user and thus use the electronic government application optimally. In order to identify the CSF, theories concerning CSF in the existing electronic government, consumer value, value in use, and value co-creation are looked into as these theories provided basic information regarding the concept of value creation to consumer. Some elements of significant value to the needs and consumers desires were identified, such as: time saving, convenience, freedom, comfort, pleasure, innovation, promotion, cost-effective, and socially. The element values are then transformed into the parameters that represent critical to the quality or critical to quality (CTQ). CTQ is a picture of the user that represents the objectives of service provider’s actions. It is an important factor for the users and to measure the effectiveness of service provider to meet the needs of users. Through detailed CTQ, a set of CSF for application systems development focusing to the consumer value elements is created. The results of this research are found to serve as a guide for the service providers to design and develop not only the application of e-government systems in the public sector, but can be applied to other application systems.,Sarjana Teknologi Maklumat-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSistem Kerajaan Elektronik (e-Kerajaan)-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePenerapan elemen nilai di dalam faktor kejayaan kritikal pembangunan sistem aplikasi kerajaan elektronik menggunakan pendekatan nilai cipta sama-
dc.typetheses-
dc.format.pages125-
dc.identifier.callnoQA76.76.A65C536 2012 3 tesis-
dc.identifier.barcode001665-
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81277+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.64 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.