Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476277
Title: Visualisasi papan pemuka untuk data penyakit kardiovaskular berdasarkan skema bintang
Authors: Noor Suhani Sulaiman (P57194)
Supervisor: Jamaiah Yahaya, Prof. Dr.
Keywords: Visualisasi papan pemuka
Teknik skema bintang
Data
Penyakit kardiovaskular
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Sep-2015
Description: Set data yang bertahun lama tersimpan tanpa dianalisis memberi kesan yang negatif terhadap sesebuah organisasi. Oleh itu, konsep analisis data diperkenal bagi pengurusan data yang berkesan dengan bantuan perancangan yang strategik. Salah satu isu dalam analisis data ialah bagaimana mereka bentuk struktur pangkalan data yang bersesuaian bagi menyokong persoalan akhir pengguna. Pendekatan sedia ada dalam mereka bentuk gudang data adalah dengan menyokong pendekatan struktur gudang data yang diperoleh secara langsung daripada keperluan setiap persoalan oleh pengguna. Penyelidikan terdahulu menunjukkan gudang data yang mengandungi data menyeluruh dan besar menggunakan model dan teknik yang kurang sesuai. Data yang diguna dalam kajian ini adalah data perubatan di mana proses dan fasa yang terlibat adalah menggunakan teknik skema bintang. Kajian ini mempunyai empat objektif; pertama mengenal pasti spesifikasi reka bentuk gudang data mengguna data perubatan, kedua membangun gudang data, ketiga mengintegrasi data melalui pangkalan data dan keempat menghasil papan pemuka bagi paparan data tersebut. Kajian ini dijalankan dalam empat fasa. Fasa pertama sorotan susastera terhadap konsep gudang data, melibatkan kajian gudang data berdasarkan teori Kimble dan Inmon dan mengkaji data yang diguna iaitu set data penyakit jantung dari pangkalan data Institut Jantung Negara yang diambil dan dikumpul dari tahun 1997 hingga 2003. Fasa kedua ialah mereka bentuk gudang data berdasarkan skema bintang. Fasa ketiga pula melibatkan pembangunan gudang data mengguna reka bentuk yang dihasil. Fasa keempat mengintegrasi data daripada gudang data dan seterusnya membangun papan pemuka serta pengesahan. Melalui kaedah dan proses pembangunan gudang data yang mengguna teknik skema bintang, satu papan pemuka telah terhasil bagi paparan atau visual terhadap data bagi penyakit kardiovaskular. Penggunaan skema bintang yang diadaptasi dalam penyelidikan ini menunjukkan kesesuaian dan berkesan untuk memodel satu gudang data. Kajian ini juga menunjukkan analisis data mengguna papan pemuka boleh diguna dan diaplikasi untuk kualiti paparan data yang kompleks seperti data penyakit kardiovaskular. Rangka kerja dan visualisasi papan pemuka ini telah disahkan oleh pakar perubatan dan didapati ianya sesuai digunakan dalam domain ini. Kaedah dan teknik visualisasi papan pemuka yang dicadangkan dalam penyelidikan ini dapat digunakan sebagai panduan dan sumbangan kepada pengamal teknologi maklumat untuk spesifikasi reka bentuk gudang data serta visualisasi data. Walau bagaimana pun ianya perlu diuji untuk penambahbaikan pada masa hadapan.,Sarjana Teknologi Maklumat
Pages: 81
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476277
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80522+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
145.51 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.