Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476221
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Kamsuriah Ahmad, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Wan Abdul Rahman bin Wan Yaman (GP02195) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-06T09:14:50Z | - |
dc.date.available | 2023-10-06T09:14:50Z | - |
dc.date.issued | 2015-03-03 | |
dc.identifier.other | ukmvital:76510 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476221 | - |
dc.description | Kajian ini menyedia maklumat secara terperinci dalam konteks menambahbaik proses mengumpul dan merekod maklumat psikologi pesalah di Jabatan Penjara Malaysia (JPM). Tumpuan kajian adalah untuk membina model kerangka kerja profil psikologi dan mencadang spesifikasi fungsian bagi aplikasi ujian psikologi berasaskan laman web (web-based application). Model kerangka kerja profil psikologi yang dicadang dalam kajian ini mengguna pakai model penilaian Context, Input, Process, Product -CIPP (Stufflebeam 2003). Manakala cadangan spesifikasi fungsian pula dibuat berdasar kepada analisis ke atas laman web yang menawarkan perkhidmatan ujian psikologi dan disesuaikan dengan persekitaran penjara. Kajian terdahulu yang telah dijalankan oleh penyelidik dalam bidang ini penting bagi mengenalpasti sejauh mana perkembangan pesat teknologi khususnya pengaruh internet dalam menyumbang kepada proses pembangunan perkhidmatan ini. Selain itu, analisis terhadap situasi semasa pelaksanaan aktiviti psikologi dan kaunseling di JPM bertujuan bagi mendapat input pengesahan jenis alat ujian psikologi yang diguna secara praktikal di penjara, mengenalpasti proses yang terlibat dalam mengumpul dan merekod maklumat psikologi pesalah dan mendapat maklum balas kepada cadangan pelaksanaan ujian psikologi berasaskan laman web. Maklum balas terhadap situasi semasa pelaksanaan aktiviti psikologi dan kaunseling diperoleh melalui kaedah temu bual dan soal selidik. Dapatan maklum balas dianalisis sebelum model kerangka kerja dan prototaip spesifikasi fungsian bagi aplikasi ujian psikologi berasaskan laman web dibangun. Akhir sekali batasan, sumbangan dan implikasi kajian dibincang bagi menilai hasil kajian yang telah dijalankan. Cadangan penambahbaikan juga turut dibincang sebagai panduan kepada penyelidik yang ingin menjalankan kajian dalam bidang yang sama di masa hadapan.,Master/Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kerangka kerja profil dan spesifikasi | |
dc.title | Pembangunan kerangka kerja profil dan spesifikasi fungsian aplikasi bagi ujian psikologi pesalah di Jabatan Penjara Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 99 | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76510+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.41 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.