Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476209
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZarina Shukur, Prof. Dr.
dc.contributor.authorDzulaiha Aryanee Putri binti Zainal (P53679)
dc.date.accessioned2023-10-06T09:14:42Z-
dc.date.available2023-10-06T09:14:42Z-
dc.date.issued2014
dc.identifier.otherukmvital:75396
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476209-
dc.descriptionKaedah kes ialah suatu teknik pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan senario sebenar sebagai alat untuk mengajar subjek tertentu. Ia menerapkan pembelajaran bertumpukan pelajar iaitu maklumat dicari dan dianalisis oleh pelajar sendiri untuk dibincangkan semasa kelas. Kaedah ini biasa digunakan dalam pendidikan Sains Sosial. Namun, penggunaannya masih terhad dalam pendidikan berasaskan sains gunaan seperti kejuruteraan perisian. Kejuruteraan perisian ialah disiplin berkenaan prinsip, kaedah dan alatan pembangunan dan penyelenggaraan perisian. Memandangkan ia menekankan pengetahuan asas, pengajaran kejuruteraan perisian cenderung menjadi terlalu teoretikal. Kaedah kes dipercayai boleh membantu pengajaran kejuruteraan perisian menjadi lebih praktikal dengan mendedahkan pelajar kepada situasi dan contoh aplikasi sebenar. Seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lain, penggunaan kaedah kes akan menjadi lebih berkesan sekiranya garis panduan dan amalan terbaiknya diikuti. Garis panduan kaedah kes yang sedia ada tertumpu kepada pendidikan Sains Sosial dan tidak menyeluruh. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menghasilkan rangka kerja penggunaan kaedah kes untuk pengajaran dan pembelajaran kejuruteraan perisian. Kajian ini dijalankan secara teoretikal dan empirikal. Kajian teoretikal melibatkan penggunaan teknik Sorotan Susastera Sistematik untuk mengenal pasti faktor penyumbang serta teknik penggunaan kaedah kes dalam pengajaran dan pembelajaran kejuruteraan perisian. Kajian empirikal pula berbentuk soal selidik dan temu bual untuk mendapatkan faktor penerimaan penggunaan kes. Data teoretikal dan empirikal dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Data kualitatif dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan manakala data kuantitatif menggunakan kaedah statistik deskriptif. Faktor yang ditemui diperincikan sebagai rangka kerja yang mengandungi elemen dan tatacara penggunaan kaedah kes dalam pengajaran dan pembelajaran kejuruteraan perisian. Rangka kerja tersebut disahkan oleh pakar bidang untuk menilai kebolehlaksanaannya. Hasil kajian ini dijangka dapat memberi panduan kepada tenaga pengajar untuk menggunakan kes sebagai alat untuk pengajaran dan pembelajaran kejuruteraan perisian yang lebih berkesan.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectPengajaran dan pembelajaran
dc.titleRangka kerja penggunaan kaedah kes untuk pengajaran dan pembelajaran kejuruteraan perisian
dc.typetheses
dc.format.pages207
dc.identifier.callnoQA76.758.D998 2014 3 tesis
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75396+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.