Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476198
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Juhana Salim, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Asnida binti Nordin (P59479) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-06T09:14:35Z | - |
dc.date.available | 2023-10-06T09:14:35Z | - |
dc.date.issued | 2014-06-17 | |
dc.identifier.other | ukmvital:75250 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476198 | - |
dc.description | Kajian dalam bidang pencarian pakar memberi perhatian terhadap tugas mencari individu yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan di dalam sesuatu bidang. Pencarian pakar telahpun mendapat perhatian ramai penyelidik dan sebahagian besar antara mereka mengkaji penggunaan profil pakar di dalam aplikasi pencarian pakar dengan menggunakan carian kueri. Daripada carian kueri, hasil akhir yang ingin diperolehi adalah padanan pakar atau kepakaran yang berkaitan dengan bidang yang dicari. Sistem pencarian pakar kini hanya melakukan carian berdasarkan maklumat penerbitan pakar sahaja dan tidak menunjukkan hubungan yang wujud dengan lain-lain aspek dalam hasil carian. Pencarian pakar berdasarkan maklumat penerbitan sahaja telah mengecilkan skop carian pakar kerana terdapat lain-lain aspek yang berkaitan dengan pakar seperti pendidikan, pengajaran, penyeliaan, perundingan, persidangan, khidmat masyarakat, kelayakan badan profesional dan lain-lain bentuk maklumat. Sistem pencarian pakar yang dibangunkan oleh pengkaji lepas juga tidak banyak yang melibatkan penggunaan ontologi dalam pencarian pakar. Kajian ini dilaksanakan bagi mereka bentuk satu kerangka bagi pembangunan ontologi pakar teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang akan digunakan dalam pembangunan direktori pakar ICT. Kerangka yang dibina adalah berdasarkan penilaian kritis tinjauan literatur yang tertumpu kepada bidang berikut: sistem pencarian pakar, profil pakar, dan ontologi dalam sistem carian pakar. Kerangka pembangunan ontologi pakar ICT dan direktori pakar melibatkan pengestrakan maklumat pakar dari sumber web seperti resume, laman web individu, organisasi, pusat penyelidikan bagi membina indeks glosari perkataan yang mencirikan pakar. Indeks glosari yang dibina hasil pengestrakan akan menjadi asas untuk membangunkan ontologi. Kajian ini mengintegrasikan penggunaan tesaurus dan taksonomi ACM dalam pembangunan ontologi pakar yang disamping melibatkan pakar domain dalam bidang ICT. Ontologi yang dibina memperkayakan indeks glosari yang akan digunakan dalam sistem direktori pakar yang menyediakan keupayaan semantik. Kerangka yang dibangunkan dinilai melalui penilaian kandungan ontologi dengan melibatkan temubual tiga orang pakar domain dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengesahan kandungan ontologi oleh pakar domain membolehkan proses pengintergrasian ontologi dengan prototaip sistem direktori pakar ICT. Prototaip direktori pakar ICT yang telah diintergrasikan dengan ontologi akan diuji oleh pakar domain bagi mengetahui sama ada ontologi yang dibangunkan membantu dalam capaian maklumat pakar. Hasil penilaian menunjukkan penggunaan ontologi pakar ICT dapat mengembangkan istilah carian dan pada masa yang sama hasil padanan pakar yang dicapai lebih relevan dan tepat dengan kehendak pengguna.,Master/Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Teknik pengiklanan | |
dc.subject | Management information systems | |
dc.title | Augmentasi realiti sebagai teknik pengiklanan program universiti | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 101 | |
dc.identifier.callno | QA76.9.A94A847 2014 3 tesis | |
dc.identifier.barcode | 001217 | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75250+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.93 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.