Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476193
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorSyafrani Fithri (P49109)
dc.date.accessioned2023-10-06T09:14:32Z-
dc.date.available2023-10-06T09:14:32Z-
dc.date.issued2014-04-03
dc.identifier.otherukmvital:75244
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476193-
dc.descriptionUntuk kekal bertahan dan bersaing di dalam dunia niaga, sebuah syarikat perlu cekap dan terus melakukan inovasi secara berterusan. Kecekapan syarikat boleh mengurangkan kos dan meningkatkan daya saing. Penilaian secara menyeluruh dalam meningkatkan teknologi dan perhubungan di dalam dan di luar syarikat harus dilakukan. Tiga alasan utama mengapa syarikat melakukan kejuruteraan semula proses bisnes adalah kerana : 1) syarikat sedang mengalami masalah pentadbiran and operasi yang serius, 2) syarikat diramalkan akan menghadapi masalah akibat perubahan dalam persekitaran bisnes, dan 3) syarikat dalam keadaan lemah dan ingin membaiki keadaan syarikat yang lebih berdaya saing. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan modal tahunan tidak melebihi RM25 juta dan memiliki kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. IKS merupakan salah satu bahagian terpenting dari memacu ekonomi negara. IKS ini mempunyai peranan penting dalam meningkat ekonomi masyarakat, membantu negara dalam mencipta lapangan kerja baru dan tenaga kerja baru yang dapat menyokong pendapatan keluarga. Merujuk kepada metodologi-metodologi yang digunakan dalam BPR, didapati tiada model BPR yang bersesuaian untuk IKS kargo. Dalam proses untuk melakukan BPR, sesebuah IKS kargo memerlukan pemahaman dan pengawalan yang lebih ringkas dan praktikal. Oleh kerana tiada metodologi yang bersesuaian, sukar untuk melakukan BPR dalam sesebuah syarikat bertaraf IKS kargo. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kebaikan dan kelemahan metodologi BPR sedia ada, membangunkan metodologi untuk tujuan BPR bagi IKS kargo, dan membangun prototaip untuk mengesahkan metodologi BPR yang dibangunkan untuk IKS kargo. Kajian ini dilaksanakan melalui empat fasa iaitu, 1) kajian teoritikal, 2) kajian empirikal 3) merekabentuk dan membangun metodologi BPR untuk IKS, 4) mengesahkan metodologi dengan kajian kes dan prototaip. Dalam kajian ini dilakukan penyeban borang kaji selidik dengan responden sebanyak 36 orang yang terdiri daripada enam syarikat IKS kargo, kemudian dilakukan temu bual kepada lima orang pegawai syarikat yang terdiri daripada ketua bahagian perkhidmatan pelanggan, pentadbiran, operasi, gudang, serta kewangan. Kajian ini menghasilkan sebuah metodologi BPR untuk IKS kargo dan prototaip yang merangkumi tiga bahagian iaitu bahagian perkhidmatan pelanggan, pentadbiran dan operasi. Dengan menggunakan metodologi dan prototaip ini, proses-proses niaga dalam syarikat telah dapat dilaksanakan dengan cepat, cekap, jimat dan seterusnya dapat memuaskan pelanggan. Dengan menggunakan metodologi dan prototaip ini, diharapkan ianya dapat diaplikasikan oleh syarikat-syarikat IKS kargo yang lainnya untuk meningkatkan proses niaga.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectIKS
dc.subjectInformation resources management
dc.titleMetodologi kejuruteraan semula proses bisnes (BPR) untuk Syarikat Kecil dan Sederhana (IKS) kargo : kajian kes di Mandiri Sejahtera Sdn. Bhd
dc.typetheses
dc.format.pages146
dc.identifier.callnoT58.64.S984 2014 3 tesis
dc.identifier.barcode001223
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75244+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.