Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476180
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Razak Hamdan, Prof. Dr.
dc.contributor.authorZainol'Aini Mohamed (P61063)
dc.date.accessioned2023-10-06T09:14:24Z-
dc.date.available2023-10-06T09:14:24Z-
dc.date.issued2014-02-25
dc.identifier.otherukmvital:74963
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476180-
dc.descriptionPenggulungan syarikat berlaku disebabkan ketidakmampuan syarikat untuk membayar hutang kewangan atau syarikat tersebut mengalami tekanan kewangan yang serius. Di Malaysia, syarikat yang digulungkan secara purata sebanyak 1166 buah syarikat setiap tahun daripada tahun 1998 hingga 2013. Rekod tertinggi sebanyak 1824 syarikat pada Mei 2012 dan terendah sebanyak 503 buah syarikat pada Februari 1999. Jika senario ini berlaku secara berterusan dan tidak diberi perhatian oleh kerajaan, perkara ini akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara. Corak penggulungan syarikat atas perintah mahkamah di Malaysia masih belum diteroka disebabkan data tersebut tidak dibuka secara umum. Oleh itu, kajian ini menggunakan teknik perlombongan data petua sekutuan ke atas data penggulungan syarikat daripada tahun 2001 hingga 2005 bagi mendapatkan corak penggulungan syarikat yang berlaku di Malaysia dengan melihat hubungan antara atribut-atribut daripada data tersebut. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk membuat penerokaan pengetahuan ke atas data penggulungan syarikat menggunakan algoritma Apriori dalam teknik perlombongan data petua sekutuan. Metodologi kajian ini melibatkan tiga proses penting iaitu kajian kesusasteraan, pembangunan model dan pembangunan prototaip sistem sokongan keputusan. Pembangunan model ini melibatkan perlombongan data dan penglibatan pakar untuk mengesahkan dan mendapatkan pengetahuan domain berkenaan penggulungan syarikat. Proses perlombongan data melibatkan aktiviti pra-pemprosesan data, penjanaan petua sekutuan, penganalisaan petua dan penerokaan pengetahuan daripada set data tersebut. Penglibatan pakar dalam domain kajian perlu bagi memandu dan memberi pandangan dalam menghasilkan set petua yang menarik. Pakar turut memberikan input berkenaan kriteria kualitatif terhadap risiko penggulungan syarikat. Pengetahuan daripada perlombongan data dan teknik kualitatif diekstrak bagi menghasilkan kriteria bagi menilai risiko penggulungan syarikat. Sumbangan kajian ini adalah pengetahuan berkenaan corak penggulungan syarikat di Malaysia. Hasil kajian ini mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara atribut dalam data penggulungan syarikat. Antara hasil kajian adalah terdapat hubung kait antara usia syarikat dan nisbah hutangnya. Sumbangan kedua kajian ini adalah membangunkan sistem sokongan keputusan daripada pengetahuan perlombongan data dan cadangan pakar telah menghasilkan kriteria kuantitatif dan kualitatif bagi menilai risiko penggulungan syarikat.,Master
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectLiquidation Malaysia
dc.subjectData mining
dc.subjectPenggulungan syarikat di Malaysia
dc.subjectPerlombongan petua sekutuan
dc.titlePenerokaan pengetahuan penggulungan syarikat di Malaysia menggunakan perlombongan petua sekutuan
dc.typetheses
dc.format.pages128
dc.identifier.callnoQA76.9.D343 .Z335 2014 3
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74963+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.44 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.