Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476171
Title: | Instrumen pengukuran kepuasan pengguna terhadap sistem pengurusan pengetahuan di Malaysia |
Authors: | Ramlee bin Ab. Ghani (P53605) |
Supervisor: | Masnizah Mohamad, Dr |
Keywords: | Pengurusan pengetahuan Malaysia Knowledge management -- Data processing |
Issue Date: | 22-Apr-2013 |
Description: | Aspek yang dititikberatkan dalam membangunkan sebuah sistem pengurusan pengetahuan ialah melibatkan kecekapan dan keupayaan sistem dalam menyediakan maklumat kepada pengguna. Secara umumnya, kepuasan pengguna adalah tinggi sekiranya sistem berkeupayaan menyediakan maklumat yang terkini dan komprehensif. Oleh itu, adalah penting untuk mengenal pasti bahawa sistem 'Knowledge Resources for Science and Technology Excellence, Malaysia’ (KRSTE.my) yang telah dibangunkan dapat berperanan sebagai medium pengurusan dan penyebaran maklumat sains, teknologi dan inovasi (STI) yang memenuhi keperluan dan kepuasan penggunanya. Sejak dibuka untuk capaian, kepuasan pengguna terhadap KRSTE.my tidak pernah diukur. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan instrumen serta mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kepuasan pengguna terhadap KRSTE.my sebagai sistem pengurusan pengetahuan (KMS). Pengkaji menggabung dan menyesuaikan item dari beberapa instrumen kepuasan pengguna dalam konteks KMS. Instrumen Kepuasan Pengguna Terhadap Sistem Pengurusan Pengetahuan (USKMS) merupakan instrumen teras dalam kajian yang dijalankan. Terdapat enam faktor kepuasan pengguna terhadap pengetahuan yang telah dikenal pasti iaitu kandungan, pemetaan, manipulasi, komuniti, kebergunaan dan keselamatan yang kemudian disesuaikan dalam konteks KRSTE.my. Sejumlah 271 pelanggan berdaftar yang terdiri daripada warganegara Malaysia dan pernah membuat capaian terhadap sistem terlibat dalam kajian ini. Kaedah penyelidikan kuantitatif digunakan dalam proses pengumpulan data yang dijalankan sepanjang tempoh tujuh minggu. Kajian ini melibatkan analisis statistik untuk mengukur dan menentukan faktor mana yang memberi kepuasan kepada pengguna di dalam sistem KRSTE.my. Hasil analisis, mendapati instrumen yang dibangunkan boleh dipercayai dan menunjukkan semua item dari enam dimensi yang diwujudkan mempunyai hubungan yang signifikan antara satu sama lain. Berkaitan dengan kepuasan pengguna, kajian mendapati faktor kandungan pengetahuan (knowledge content) (3.93), pemetaan pengetahuan (knowledge map) (3.83), manipulasi pengetahuan (knowledge manipulation) (3.77), keselamatan pengetahuan (knowledge security) (3.76) dan kebergunaan pengetahuan (knowledge usefulness) (3.65) memberikan tahap kepuasan yang tinggi kepada pengguna berdasarkan skor min. Sementara, hanya komuniti pengetahuan (knowledge community) (3.43) berada pada tahap kepuasan yang sederhana. Secara keseluruhannya, kepuasan pengguna terhadap KRSTE.my adalah tinggi dengan skor min 3.93. Kajian ini juga memberi sumbangan penting dalam menentukan tahap kepuasan pengguna terhadap KRSTE.my sebagai KMS. Di samping itu, kajian menghasilkan satu instrumen yang boleh dipercayai.,Master/Sarjana |
Pages: | 102 |
Call Number: | QA76.9.D3.R355 2013 3 |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476171 |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74751+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.41 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.