Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476158
Title: Model perisikan perniagaan bagi pengurusan data tidak berstruktur : kajian kes NAHRIM
Authors: Mohammad Fikry bin Abdullah (P61032)
Supervisor: Kamsuriah Ahmad, Prof. Madya Dr.
Keywords: Model perisikan
Perniagaan
Pengurusan data
Kes NAHRIM
Database management -- Case studies
Issue Date: 20-Mar-2012
Description: Perisikan perniagaan memainkan peranan yang penting dalam organisasi bagi mengumpul, mengintegrasi, menganalisis dan mentransformasikan data yang dimiliki oleh organisasi menjadi maklumat yang bermanfaat untuk menyokong proses pembuatan keputusan yang lebih efektif. Dewasa ini, organisasi dilambakkan dengan pelbagai format data tidak berstruktur seperti e-mel, imej, laporan, peta, graf, penerbitan dan sebagainya. Pengurusan data tidak berstruktur yang efektif dan efisien boleh digunakan untuk menyokong pembuatan keputusan dalam organisasi. Ketiadaan model perisikan perniagaan yang komprehensif dan lengkap bagi pengurusan data tidak berstruktur menyukarkan pemahaman kepentingan eksplotasi data tidak berstruktur. Kajian mengenai model perisikan perniagaan bagi pengurusan data tidak berstruktur yang dapat memenuhi keperluan spesifik organisasi belum dijalankan sehingga kini. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menambah baik pengurusan data tidak berstruktur melalui eksploitasi data tidak berstruktur yang dimiliki oleh organisasi dengan cadangan model perisikan perniagaan. Melalui kajian ini, data tidak berstruktur dikelas, diperkaya dan diperlengkapkan dengan kepelbagaian data bagi menyokong keperluan organisasi. Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) diambil sebagai kajian kes memandangkan institusi ini mempunyai pelbagai koleksi data tidak berstruktur daripada pelbagai sumber. Metodologi bagi kajian ini melibatkan empat fasa utama iaitu perancangan kajian, analisis, reka bentuk model dan pengesahan model. Pengesahan model cadangan dilakukan melalui pengujian proses dan aktiviti menggunakan sampel data serta pengujian penerimaan cadangan model oleh organisasi. Hasil daripada kajian soal selidik yang dijalankan menunjukan cadangan model ini dapat membantu organisasi dalam penjanaan data tidak berstruktur baru yang lebih komprehensif dan bervariasi untuk sesuatu topik. Ini membantu organisasi menjalankan analisis lanjutan, pembuatan keputusan dan menjana maklumat untuk merancang penyelidikan baru. Output daripada penyelidikan ini mendapati data tidak berstruktur boleh dijadikan sebagai aset boleh pulih (renewable asset) yang mudah diakses dan sedia diguna pakai sebagai sumber rujukan dan menyokong proses pembuatan keputusan dalam organisasi.,Master/Sarjana
Pages: 131
Call Number: QA76.9.D3.M844 2014 3
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74637+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.56 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.