Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476143
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRiza Sulaiman, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorAsma' binti Yusoff (P 53672)
dc.date.accessioned2023-10-06T09:14:00Z-
dc.date.available2023-10-06T09:14:00Z-
dc.date.issued2011-05-25
dc.identifier.otherukmvital:74587
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476143-
dc.descriptionPembentukan kerangka kerja Reka bentuk Berbantukan Komputer (RBK) merupakan penyediaan asas setiap komponen dan kepelbagaian alatan dalam persekitaran sistem yang membolehkan fungsi kerjasama dan interaksi di antara alatan rekaan untuk mengurangkan kekompleksan sistem kepada pengguna. Permasalahan utama yang dikenalpasti adalah untuk menggariskan ciri-ciri atau fungsi yang paling sesuai dan perlu ada dalam sistem yang akan dibangunkan berdasarkan kehendak pengguna. Objektif penyelidikan ini adalah untuk meninjau dan mengenalpasti penggunaan sistem RBK di IKS dan mengenalpasti kehendak pengguna bagi memenuhi pembangunan sistem RBK yang akan datang dan menghasilkan kerangka kerja pembangunan sistem RBK dalam pembungkusan produk makanan khusus di IKS yang memenuhi kehendak pengguna. Untuk merealisasikan tujuan ini, penyelidikan ini telah dibahagikan kepada tiga pendekatan iaitu kajian eksplorasi untuk kategori kajian, kaedah kualitatif untuk interpretasi data dan kajian kes untuk kaedah kajian. Hasil daripada temubual yang telah dijalankan, kehendak pengguna dikategorikan kepada antaramuka, operasi sistem, penggunaan peranti, keselamatan sistem, pengurusan reka bentuk serta pemilihan bahan dan integrasi reka bentuk-bahan. Selepas itu, kerangka kerja RBK yang dibentuk difokuskan kepada operasi sistem, antaramuka pengguna dan pengurusan maklumat data. Pengurusan maklumat data dibahagikan kepada dua elemen iaitu perwakilan dan stuktur data serta pengurusan data. Pakej grafik yang terbahagi kepada reka bentuk pembungkusan dan reka bentuk pelabelan merupakan elemen dalam perwakilan dan struktur data. Keselamatan dan integriti data, kamus data dan data tersimpan merupakan elemen dalam pengurusan data. Secara keseluruhannya, penyelidikan ini telah menepati objektif yang telah ditetapkan walaupun wujud beberapa kekangan yang tidak dapat dihindari di sepanjang proses penyelidikan. Walaupun pembentukan kerangka kerja RBK merupakan satu penyelidikan yang mengambil masa yang lama terutamanya dalam menentukan satu piawaian yang boleh digunapakai oleh kesemua industri dan memenuhi spesifikasi keperluan sistem RBK, diharap kerangka kerja RBK yang dibentuk dalam penyelidikan ini dapat menyumbang ke arah pembangunan sistem RBK yang lengkap untuk kegunaan industri yang terpilih.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectKerangka kerja
dc.subjectKomputer
dc.subjectPembungkusan makanan
dc.subjectIKS Malaysia
dc.subjectComputer-aided design -- Computer programs
dc.titleKerangka kerja reka bentuk berbantukan komputer dalam pembungkusan makanan untuk IKS Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages100
dc.identifier.callnoTA174.A849 2011
dc.identifier.barcode000803
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74587+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.