Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476140
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Azuraliza binti Abu Bakar, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Engku Anisah binti Engku Muda (P43476) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-06T09:13:59Z | - |
dc.date.available | 2023-10-06T09:13:59Z | - |
dc.date.issued | 2011-08-02 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:74576 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476140 | - |
dc.description | Aplikasi atas talian semakin mendapat tempat dalam dunia siber hari ini menyebabkan rangkaian komputer sering berhadapan dengan pelbagai pencerobohan. Selain firewall, sistem pengesanan pencerobohan kerap digunakan sebagai dinding untuk melindungi sistem komputer dari sebarang pencerobohan. Teknik pengesanan pencerobohan dapat dikategorikan kepada pengesanan anomali dan pengesanan penyalahgunaan. Pengesanan anomali di dalam trafik rangkaian sukar dilakukan dan diambil tindakan kerana data trafik meningkat dengan kadar yang tinggi dalam masa yang singkat. Anomali yang berlaku kebiasaannya tidak merosakkan rangkaian tetapi boleh membawa impak kepada pengguna seperti masa capaian maklumat, kerahsiaan maklumat dan kestabilan sistem pengoperasian komputer. Oleh itu, penyelidikan ini bertujuan untuk mengesan anomali di dalam set data trafik rangkaian komputer menggunakan kaedah perlombongan data siri masa. Langkah paling kritikal dalam perlombongan data siri masa adalah pra-pemprosesan data. Ini kerana prapemprosesan data siri masa berbeza dengan pra-pemprosesan data biasa. Tiga langkah utama di dalam pra-pemprosesan data siri masa adalah pengukuran kesamaan, kaedah perwakilan dan pendiskritan data. Setelah set data trafik rangkaian di lakukan proses pembersihan dan integrasi, set data setiap lima minit dilakukan pengurangan data menggunakan entropi. Kemudian set data dalam bentuk entropi bagi tempoh tertentu dilakukan proses pengukuran kesamaan menggunakan Principle Component Analysis (PCA), diikuti dengan proses kaedah perwakilan dan pendiskritan data menggunakan Symbolic Aggregate Approximation (SAX). Output dari SAX digunakan untuk permodelan pengelasan menggunakan tiga teknik perlombongan data. Set data aliran trafik rangkaian menggunakan rangkaian komputer kampus UKM. Ketepatan pengelasan bagi teori set kasar adalah 96.15 % dengan bilangan petua 98 petua disamping mempunyai panjang petua maksima 3 dan panjang petua minima 1. Model terbaik menggunakan teknik Pohon Keputusan adalah 97.77 dengan Ralat Mutlak Relatif 6.72 dan Ralat Punca Kuasadua Relatif 29.18 manakala model terbaik menggunakan teknik Naive Bayes adalah 97.03 dengan Ralat Mutlak Relatif 6.82 dan Ralat Punca Kuasadua Relatif 31.77. Hasil perbandingan keputusan ini menunjukkan prosedur pra-pemprosesan data siri masa yang digunakan mampu menghasilkan model pengelasan yang baik menggunakan ketiga-tiga teknik perlombongan data ini.,Master/Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Pengesanan anomali | - |
dc.subject | Trafik rangkaian komputer UKM | - |
dc.subject | Teknik perlombongan data siri masa | - |
dc.subject | Computer networks -- Security measures | - |
dc.title | Pengesanan anomali dalam trafik rangkaian komputer UKM menggunakan teknik perlombongan data siri masa | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 98 | - |
dc.identifier.callno | TK5105.59.E544 2011 | - |
dc.identifier.barcode | 000777 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74576+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.11 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.