Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476137
Title: | Cadangan nama secara kolaboratif dalam persekitaran rangkaian sosial berdasarkan lokasi |
Authors: | Normaslina binti Jamil (P50082) |
Supervisor: | Shahrul Azman Mohd Noah, Prof. Dr. |
Keywords: | Kolaboratif Persekitaran rangkaian sosial Lokasi Web 2.0 -- Social aspects |
Issue Date: | 8-Sep-2011 |
Description: | Friendster, Facebook, Twitter dan pelbagai mikroblog lain telah diperkenalkan sejak tahun 2004. Aplikasi Web 2.0 ini telah menjadi suatu alat yang amat berkuasa untuk berkomunikasi. Setiap laman web sosial memiliki berjuta-juta pengguna yang saling berinteraksi di antara satu sama lain tanpa mengira jarak dan lokasi mereka. Oleh sebab itu mekanisma sistem cadangan nama di dalam laman web ini amatlah penting bagi membolehkan pengguna mencari rakan yang bersesuaian. Cadangan nama ini haruslah pertimbangkan konsep homophily yang menyatakan bahawa hubungan antara individu yang mempunyai persamaan akan lebih tinggi berbanding dengan individu yang tidak mempunyai persamaan. Twitter merupakan salah satu laman web sosial yang popular yang dibangunkan pada tahun 2006. Ramai pengguna Twitter hanya menjadi pengguna pasif iaitu mereka hanya mengikut pengguna Twitter yang lain tetapi dalam masa yang sama mereka tidak mempunyai ramai pengikut. Masalah ini timbul kerana hubungan timbal balik (reciprocal) tidak diperlukan dalam Twitter. Aplikasi seperti Mr Tweets.net, WhoShouldIFollow.com dan Twubble.com telah dibangunkan oleh pihak ketiga tetapi ia tidak dapat menangani masalah kekurangan hubungan timbal balik di dalam Twitter. Kesulitan mencari rakan yang sesuai untuk dijadikan rakan di dalam Twitter meningkatkan lagi masalah kekurangan hubungan timbal balik di kalangan pengguna Twitter. Bagi mengatasi masalah ini satu sistem cadangan nama dilihat dapat membantu pengguna Twitter mencari nama pengguna Twitter lain dengan mengambilkira hubungan timbal balik. Matlamat utama kajian ini ialah menggunakan teknik saringan kolaboratif untuk mencadangkan nama pengguna Twitter berdasarkan lokasi. Jarak antara pengguna Twitter diambilkira dalam menghasilkan cadangan individu yang boleh diikuti. Teknik ini merupakan teknik yang amat berjaya dalam aplikasi sistem cadangan bagi laman web komersial seperti Amazon.com. Lokasi pengguna diambil dari profil penguna dengan menggunakan titik kordinat latitud dan longitud. Set data profil selebriti yang disediakan oleh Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST) untuk kegunaan umum, diambil bagi tujuan pengujian. Dua eksperimen dijalankan untuk membandingkan lingkungan jarak yang sesuai dalam mencadangkan nama rakan kepada pengguna. Hasil ujian menunjukkan potensi mengeksploitasi lokasi geografi dalam mencadangkan nama rakan dalam persekitaran Twitter.,Master/Sarjana |
Pages: | 113 |
Call Number: | TK5105.88817.N647 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74566+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.89 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.