Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476059
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Halimah Badioze Zaman, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nazrul Azha Hj Mohamed Shaari | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-06T09:13:05Z | - |
dc.date.available | 2023-10-06T09:13:05Z | - |
dc.date.issued | 1998-11-01 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:2447 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476059 | - |
dc.description | Cabaran yang paling besar kepada guru dan ibu bapa di era maklumat adalah memastikan anak-anak boleh membaca. Bertepatan dengan perkembangan pesat Teknologi Maklumat maka Pakej Perisian Galakan Literasi telah menggunakan kelebihan Teknologi Multimedia sebagai peranti mengimbangi permasalahan yang dihadapi oleh guru dan ibu bapa dalam merangsang anak-anak untuk membaca. Pembangunan perisian Multimedia ini adalah berdasarkan beberapa teori pembelajaran, teori reka bentuk pengajaran dan Falsafah Bahasa Menyeluruh sebagai struktur utamanya. Pakej perisian ini dibangunkan untuk kanak-kanak yang berumur antara lapan hingga sembilan tahun. Untuk menjadikan perisian Multimedia sebagai sebuah perisian yang tidak membosankan, pendekatan cerita telah digunakan. Cerita bertajuk Kisah Air Mata Ibu (KAMI) telah menggunakan beberapa tema yang berhubungan kisah seharian seorang kanak-kanak dengan pengalaman pelajar iaitu "Di Dalam Kelas Bestari ", "Di Dapur" dan "Mengambil Pesanan" . Plot cerita KAMI ini mengisahkan seorang kanak-kanak bernama 'Syadah' yang mempunyai beberapa sifat baik tetapi suka menipu ibunya, tetapi telah menyesal tentang perbuatannya setelah menghadapi peristiwa terperangkap dalam lif. Pengajaran afektif yang boleh dipelajari oleh pelajar adalah taat kepada ibu. Pakej ini mempunyai ciri interaktiviti yang membolehkan aktiviti-aktiviti pengukuhan diterapkan menerusi tiga modul yang berasingan. Secara umum, ciri-ciri yang terdapat di dalam ketiga-tiga modul ini adalah pembentukan kepada kaedah membaca melalui cerita, latihan mengecam sebutan dan ejaan berdasarkan teks yang dihadapi; Latihan membuat generalisasi berdasarkan penjanaan animasi, video dan audio dan Latihan kemahiran sambil bermain. Adalah diharapkan pendekatan yang digunakan dalam Pakej Perisian Galakan Literasi ini dapat membantu kanak-kanak membaca dengan lebih bermakna dan berkesan. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.title | Pembangunan pakej perisian galakan literasi : pendekatan multimedia | - |
dc.type | theses | - |
dc.identifier.callno | LC157.M4N39 1998 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_2447+ABSTRACT+ABSTRACT.0.PDF Restricted Access | 926.31 kB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.