Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475935
Title: Pengalaman pelaksanaan latihan praktikum bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah jenis kebangsaan Yu Hua Kajang
Authors: Teow Ker Shin
Supervisor: Prof. Madya Dr. Zuria Mahmud
Keywords: Kaunseling
Sekolah
Praktikum
Educational counseling
Issue Date: 10-Feb-2011
Description: Laporan praktikum ini membentangkan hasil pelaksanaan praktikum bimbingan dan kaunseling yang telah dijalankan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsan Yu Hua Kajang. Latihan praktikum ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan dan pengalaman sebagai seorang kaunselor di setting pekerjaan sebenar. Sepanjang tempoh latihan praktikum kaunselorpelatih telah menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling individu, kaunseling kelompok, bimbingan kelompok, konsultasi, pengurusan dan pentadbiran dan melibatkan diri dalam beberapa aktiviti sekolah. Dapatan latihan praktikum menunjukkan bahawa seramai 96 klien datang untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Pelajar-pelajar yang mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah dikategori berdasarkan tingkatan, jantina clan etnik mereka. Kebanyakan klien yang datang untuk berkongsi masalah dengan kaunselor pelatih adalah secara sukarela diikuti dengan secara dijemput dan dirujuk. Masalah peribadi adalah masalah yang paling ramai dihadapi oleh klien diikuti dengan masalah keluarga, rakan sebaya, kerjaya, akademik dan disiplin. Peratus pelajar perempuan lebih tinggi berbanding peratus lelaki yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling individu dan kaunseling kelompok. Satu kajian kes terhadap seorang klien yang telah mengikuti sesi kaunseling individu telah dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan kaunselor telah mengaplikasikan kemahiran-kemahiran asas kaunseling dengan kekerapan penggunan kemahiran menyoal mengatasi kemahiran-kemahiran yang lain. Analisis dapatan kajian kes menunjukkan kaunselor telah mengaplikasikan kemahiran menyoal dengan menggunakan soalan tertutup (25.88%), parafrasa (16.47%), soalan minta penjelasan (12.94%), soalan terbuka dan interpretasi (10.59%), refleksi isi (4.71%), dorongan minimum, membina hubungan, refleksi perasan (3.53%), beri galakan, rumusan kecil, rumusan besar (2.35%) clan konfrontasi (1.18%).,Sarjana Pendidikan
Pages: 208
Call Number: LB1027.5.T369 2006 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.