Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475931
Title: Pendidikan Islam Dan Pendidkan Bahasa Arab Di Singapura: Satu Kajian Sejarah Dan Pembangunan Madrasah Alsagoff Al-Aeabiah
Authors: Siti Noorsikin Binti Tumiran
Supervisor: Ustaz Ezad Azraai Jamsari
Keywords: Pendidikan Islam
Bahasa Arab
Singapura
Madrasah
Islam -- Study and teaching -- Singapura
Issue Date: 23-Feb-2012
Description: Madrasah ialah sebuah institusi penting dalam mengembang dan meningkatkan kualiti anak-anak Islam, khasnya pendidikan Islam dan pendidikan bahasa Arab. Disertasi ini membincangkan aspek sejarah dan pembangunan pendidikan Islam dan pendidikan bahasa Arab di Singapura, khususnya di Madrasah Alsagoff al-Arabiah. Madrasah ini telah berkembang pesat dalam arus kemodenan Republik Singapura semenjak sekian lama. Perkembangan yang memberangsangkan ini telah memperlihatkan madrasah tersebut berjaya memainkan peranan yang tersendiri lagi berpengaruh dalam pendidikan Islam dan pendidikan bahasa Arab, yang turut memberi kesan mendalam terhadap pendidikan anak-anak Melayu-Islam di Singapura. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis sejarah penubuhan, perkembangan dan pembangunan Madrasah Alsagoff al-Arabiah dari tahun 1965 hingga 2010. Di samping itu juga, kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk meneliti sistem pendidikan yang diguna pakai oleh madrasah tersebut, serta mengenal pasti pembentukan modal insan dalam melahirkan generasi masyarakat Melayu-Islam yang proaktif. Keseluruhan kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif, menerusi instrumen analisis dokumen dan temu bual. Dapatan kajian ini menunjukkan Madrasah Alsagoff al-Arabiah yang telah menjangkau usia 100 tahun mengikut kalendar Hijrah, telah melakukan transformasi secara giat dalam memajukan madrasah tersebut. Transformasi ini membabitkan aspek pengurusan dan pentadbiran madrasah, pengajaran dan pembelajaran serta penyediaan insfrastruktur yang lengkap dan terbaik. Secara langsung, pendidikan Islam dan pendidikan bahasa Arab tetap dan terus dijadikan sebagai pendidikan wajib di sekolah tersebut, meskipun saingan hebat dan kecemerlangan pendidikan wajib di sekolah pemerintah di Singapura adalah amat mencabar. Madrasah Alsagoff al-Arabiah telah berjaya mengekalkan kecemerlangan pencapaian kurikulum dan ko-kurikulum ini secara konsisten sehingga kini.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 267
Call Number: BP43.S552.M336 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.