Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475921
Title: | Al-Amthal Dalam Al-Quran Dan Al-Sunnah Al-Sahihah: Satu Kajian Khusus Terhadap Golongan Mukmin |
Authors: | Mohd Zaini bin Md. Zain |
Supervisor: | Prof.Madya Dr. Muhd Najib bin Abdul Kadir |
Keywords: | Mukmin Sunnah Al-Quran Qur'an as literature |
Issue Date: | 4-Jan-2012 |
Description: | Salah satu bentuk gaya bahasa yang digunakan dalam al-Quran dan al-Sunnah ialah mathal (perumpamaan). Ia didatangkan supaya manusia mengambil pengajaran dan pengiktibaran daripadanya. Kajian ini bertujuan menjelaskan konsep penggunaan mathal dalam al-Quran dan al-Sunnah, pengajaran yang diperolehi daripadanya dan menyingkap hikmah penggunaan objek tertentu dalam perumpamaan tersebut. Untuk tujuan ini, satu kajian kepustakaan terhadap ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith sahih yang. berkaitan dengan mathal golongan mukmin telah dilakukan. Penentuan terhadap ayat-ayat dan hadith-hadith mathal tersebut adalah berdasarkan pandangan para mufassirin dan ahli hadith yang diperolehi dari kitab-kitab tafsir al-Quran dan kitab syarahan hadith yang rnu'tabar. Basil kajian mendapati bahawa mathal merupakan satu gaya bahasa yang unik dan banyak digunakan dalam al-Quran dan al- Sunnah untuk mendidik jiwa manusia. Mathai golongan mukmin didatangkan untuk menjelaskan kedudukan aqidah, ibadah dan akhlak mereka di sisi Allah SWT dan memotivasikan mereka bagi melakukan kebaikan. Kajian ini seterusnya menunjukkan objek perumpamaan (mushabbah bih) dalam mathal tersebut menjelaskan beberapa teori sains terhadap sesuatu fenomena yang diperakui benar oleh sains moden. Penjelasan ini membuktikan kebenaran al-Quran dan al-Sunnah adalah daripada Allah SWT yang Maha Pencipta kerana isi kandungannya merangkumi pelbagai disiplin ilmu dan sentiasa mendahului zaman.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 157 |
Call Number: | BP131.85.M838 2011 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.