Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475913
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorDr. Haja Maideen Kader Maideen-
dc.contributor.authorAishah Farhana binti Shahbudin-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:43:01Z-
dc.date.available2023-10-05T06:43:01Z-
dc.date.issued2012-01-01-
dc.identifier.otherukmvital:42585-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475913-
dc.descriptionLycopodiaceae merupakan tumbuhan mirip paku pakis yang primitif bagi tumbuhan tisu bervaskular yang lain. Kajian evolusi dan pengelasan famili ini masih kabur. Pengelasan terdahulu yang menggunakan data morfologi mengelaskan famili ini dalam satu genus, Lycopodium. Terkini kesemua spesies dalam famili ini dikelaskan semula dalam tiga genus: Lycopodium, Lycopodiella dan Huperzia. Kajian ini dilakukan untuk menjana maklumat tambahan bagi tujuan pengelasan dengan menggunakan jujukan DNA. Sebanyak 17 takson yang dikelaskan dalam tiga genus tersebut telah digunakan iaitu: Huperzia carinata, H dalhousiana, H nummulariifolia, H hippuris, H phlegm aria, H phlegmarioides, H phyllanta, H serrata, H aff. squarrosa, H prolifera, H squarrosa, H tetrasticha, Lycopodiella cernua, Lycopodium casuarinoides, L. clavatum, L. platyrhizoma dan L. volubile. Dua spesies telah digunakan sebagai kumpulan luaran dalam kajian ini iaitu Psilotum complanatum dan P. nudum. Sebanyak lima kawasan DNA telah digunakan untuk melihat hubungan filogenetik famili ini iaitu empat daripada genom kloroplas (cpDNA) yang terdiri daripada kawasan penjarak trnL-F, intron trnL, subunit protein ribosom 4 (rps4), dan ITS kloroplas serta satu kawasan daripada genom nukleus (nDNA) iaitu kawasan ITS 1. Data jujukan telah dianalisis menggunakan perisian PAUP melalui tiga kaedah iaitu Neighbour Joining (NJ), Maximum Parsimony (MP) dan Maximum Likelihood (ML). Secara keseluruhan, pohon filogeni bagi empat kawasan DNA terhadap Lycopodiaceae menunjukkan pemisahan yang jelas iaitu kumpulan A (Huperzia), kumpulan B (Lycopodium) dan kumpulan C (Lycopodiella). Begitu juga topologi bagi kawasan penjarak trnL-F juga menunjukkan pemisahan antara kumpulan A (Huperzia) dan kumpulan B (Lycopodium). Dalam kumpulan A, terdapat dua subklad utama dengan H serrata sebagai takson dasar diikuti oleh H dalhousiana yang mencapah terlebih dahulu. Subklad pertama mengelompokkan H carinata, H nummulariifolia, H phlegmaria, H phlegmarioides dan H phyllanta. Subklad kedua menunjukkan H prolifera, H aff. squarrosa, H hippuris, H squarrosa dan H tetrasticha mengelompok bersama. Kumpulan B menunjukkan L. casuarinoides dan L. volubile membentuk klad bersama manakala L. platyrhizoma telah mencapah terlebih dahulu sebelum L. clavatum. Kedudukan La. cernua dalam topologi adalah berbeza mengikut kawasan jujukan DNA. Bagi topologi rps4 dan ITS 1, La. cernua merupakan takson beradik bagi Lycopodium dan merupakan takson dasar bagi intron trnL dan ITS kloroplas. Kajian menggunakan data molekul yang telah dilakukan berjaya membezakan famili Lycopodiaceae kepada tiga genus yang berbeza dan menyokong pengelasan yang dilakukan menggunakan data morfologi.,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectLycopodiaceae-
dc.subjectPaku Pakis-
dc.subjectMolekul-
dc.subjectTumbuhan-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKajian Sistematik Molekul Ke atas Lycopodiaceae Di Semenanjung Malysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages138-
dc.identifier.callnoQK524.L9.A455 2012 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.