Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475897
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHasidah Mohd Sidek, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNor Nadia Fadiha Aizuddin (P86033)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:42:52Z-
dc.date.available2023-10-05T06:42:52Z-
dc.date.issued2022-04-22-
dc.identifier.otherukmvital:130753-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475897-
dc.descriptionMalaria, penyakit yang disebabkan oleh infeksi parasit Plasmodium sp. masih merupakan masalah kesihatan global memandangkan morbiditi dan kematian kekal tinggi walaupun terdapat drug anti-malaria yang poten. Infeksi mencetuskan peningkatan respons pro-inflamasi keterlaluan yang sering mengakibatkan kerosakan tisu tubuh dan boleh menyebabkan kematian. Ketidakseimbangan penghasilan sitokin merupakan antara penyebab utama kematian dalam malaria serebrum dan malaria teruk. Justeru terapi malaria tidak harusnya bergantung kepada agen anti-malaria sahaja tetapi wajar digabungkan dengan terapi adjunktif yang berasaskan modulasi sitokin bagi meningkatkan keberkesanan rawatan. Glikogen sintase kinase-3β (GSK3β) yang memainkan peranan penting dalam mengawalatur penghasilan sitokin pro- dan anti-inflamasi merupakan sasaran yang munasabah bagi bahan terapeutik adjunktif. GSK3β merupakan titik penumpuan berbagai tapak jalan pengisyaratan termasuk PI3K/Akt dan ERK/p90RSK. Natrium tungstat (Na2WO4), garam bukan organik yang mempamerkan kesan normoglisemik yang baik dalam kajian model diabetes in vivo, telah dilaporkan menyebabkan perencatan GSK3β melalui tapak jalan ERK. Kajian ini bertujuan menilai kesan kemopenindasan dan modulasi sitokin oleh Na2WO4 dalam model infeksi menggunakan dua jenis parasit Plasmodium berghei ANKA (PbA) dan Plasmodium berghei NK65 (PbN) masing masing untuk menentukan sama ada tindakannya melibatkan perencatan GSK3β. Haiwan yang diinfeksi-PbA dan -PbN masing-masing adalah model yang diterima pakai dan sesuai untuk kajian in vivo bagi malaria serebrum dan teruk. Terdapat kajian terkini yang menunjukkan bahawa insulin mampu meredakan inflamasi semasa infeksi dengan mengaktifkan tapak jalan PI3K/Akt justeru mengimplikasi perencatan GSK3β terlibat. Oleh itu kajian ini juga bertujuan menilai kesan kemopenindasan dan modulasi sitokin insulin dalam model infeksi menggunakan parasit malaria PbN. Hasil kajian menunjukkan bahawa perlakuan intraperitoneum masing-masing Na2WO4 (50 mg/kg BT) dan insulin (0.5 U/kg BT) terhadap mencit terinfeksi-malaria mengakibatkan penindasan parasitemia melebihi 60% dan meningkatkan dengan signifikan tempoh kemandirian median mencit yang diinfeksi oleh Plasmodium berghei berbanding dengan kawalan yang tidak diberikan perlakuan. Perlakuan Na2WO4 dan insulin masing-masing menunjukkan pengurangan signifikan (p>0.05) aras serum sitokin proinflamasi, TNF-α dan IFN-ɤ, sementara mengakibatkan peningkatan signifikan aras serum sitokin anti-inflamasi, IL-10 dan IL-4 dalam mencit terinfeksi. Analisis western menunjukkan peningkatan keamatan jalur protein terfosfat dalam otak (PbA) dan hepar (PbN) mencit terinfeksi yang diberikan perlakuan Na2WO4 (50 mg/kg BT) iaitu bagi pGSK3β (Ser9), pAkt (Ser473), pERK1/2 (Thr202/Tyr204), dan pp90RSK (Ser380). Perlakuan insulin (0.5 U/kg BT) terhadap hepar mencit terinfeksi-PbN juga meningkatkan keamatan bagi pGSK3β (Ser9) dan pAkt (Ser473). Sebaliknya, keamatan pNF-κB (Ser536) berkurang berbanding dengan kawalan yang tidak diberi perlakuan. Secara keseluruhannya, penemuan kajian ini menunjukkan bahawa kesan kemopenindasan dan modulasi sitokin oleh Na2WO4 dan insulin masing-masing sekurang-kurangnya sebahagiannya melibatkan perencatan GSK3β dan mengukuhkan lagi tanggapan bahawa GSK3β merupakan sasaran molekul untuk terapi adjunktif dalam infeksi malaria.,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMalaria-
dc.subjectInsulin-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKajian kesan masing-masing perlakuan natrium tungstate dan insulin terhadap parasitemia, aras sitokin dan status pemfosfatan GSK3 dalam model infeksi malaria murin-
dc.typeTheses-
dc.format.pages171-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kajian kesan masing-masing perlakuan natrium tungstat dan insulin terhadap parasitemia.pdf
  Restricted Access
Partial1.66 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.